Salam semanis ukhwah

Tuesday, October 12, 2010

Harapan

HARAPAN MENJULANG KECERMERLANGAN KEHIDUPAN KITA
Assalamualaikum (^_^)

semoga keceriaan hari demi hari akan terus berkekalan. Satu demi satu masalah yang diperolehi ana kini telah pun menemui jawapan penamatnya. Semoga keadaan yang mendatang akan terus dalam keadaan yang baik dan sejahtera. kini tibanya masa untuk ana membuat penumpuan penuh terhadap pelajaran yang sedang dipelajari dan berharap rakan taulan ana semua juga berbuat demikian. Diharap percutian atau pun pelancongan sementara ini akan menenangkan fikiran ana di saat menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa. usaha yang penuh haruslah bermula dari awal dan bukannya di saat akhir untuk menghadapi sesuatu cabaran. Jika kita tidak bersedia, mana mungkin dapat kita tempuhi cabaran tersebut. Ini termasuk akan diri ana sendiri, dan ana berazam untuk mengubah kelemahan diri ana menjadi kepada seuatu keadaan yang menyenangkan. Sebabnya jika kita mahu mengubah sesuatu, ianya perlu bermula dari diri kita sendiri. Rasanya sekarang ana ingin cari sesuatu yang bermakna dan akan mencuba tanpa ada perasaan mengalah atau putus asa dalam diri ana sendiri. (positif ) sekian sampai sini sahaja boleh ana sampaikan. syukran..... ^^

Sunday, October 10, 2010

Masa depan ku

Assalamualaikum,

kaifahaluka ya sahabat? kali ini terpanggil ana untuk berkata mengenai tajuk masa depan.
Tahukah kita bahawa masa depan adalah sangat penting? apabila berkata mengenai masa depan semua orang bijak berkata-kata, akan tetapi sejauh manakah kita mampu menunaikan janji untuk melakukan sesuatu yang kita kehendakkan. kata-kata kita dan janji-janji yang pernah dibuat hanyalah sebuah impian yang tidak bermakna jika tiada sebarang usaha untuk kita lakukan. kita akan makin tengelam dengan kata-kata kita sendiri (angan-angan kosong), sememangnya mahukah kita menjadi sedemikian? jika tidak, kita seharusnya mempunyai semangat iaitu tidak rasa jemu untuk berusaha dan senantiasa mencari ikhtiar untuk meneruskan perjalanan kita ini ( bukannya buntu dan terus menerus membuntu ). pasti ada ikhtiar, cuma ikhtiar itu sendiri adalah sedikit sukar untuk kita temui. Bagi ana, ikhtiar sememangnya satu jalan yang terbaik di saat kita dalam keadaan kebuntuan. yakinlah kita bahawa semua masalah yang berlaku itu ada penyelesaiannya.

Saturday, October 9, 2010

KEHIDUPAN SEKARANG


Assalamualaikum,

Hari demi hari telah berlalu, masa semakin laju mendahului kita. Sedarkah kita akan tujuan kejadian kita ini??? kelihatan semakin hari, semakin malas hidup jika tanpa arah dan juga tujuan. mungkin saja kita telah lupa akan janji-janji kita pada masa dahulu. Adakah sebab kita inginkan sesuatu? atau adakah kita sering mengejar dunia? dan adakah kita terlampau mengikuti dorongan hawa nafsu juga keinginan diri kita? . mendengar seseuatu bisikan, iaitu dalam kehidupan kita ini pernahkah sekali kita memikirkan mati.


Rasanya jauh sekali untuk kita memikirkan soal kematian kita. malahan agama hanya dijadikan dinding hiasan untuk orang lain melihat diri kita. mengapa???
Dengan sebab itulah, banyak persoalan timbul dipemikiran kita, dan masa yang ada tidak kita gunakan dengan sebaik mungkin. Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku. Ana sendiri akui bahawa keadaan persekitaran mampu mempengaruhi kehidupan kita. keadaan hati yang kosong menyebabkan seseorang itu boleh terluka dalam, tanpa arah perjalanan yang betul. Ianya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Oleh sebab itu diri kita sentiasa merasa bosan, sedih , ingin kebebasan, dan dahagakan kegembiraan hidup. Hanya satu yang mampu mengubatinya dengan jelas, iaitu kita kembali kepada Allah s.w.t. dan berdoa padanya agar kehidupan kita ini penuh dengan makna kegembiraan dan jangan lah sesekali kita lupa pada-Nya . Ana juga berharap dpt mencapai erti kehidupan yang sebenar amin yaarabbanaalamin........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...