Assalamualaikum w.b.t.
Lama dah masa bergerak, apa perubahan yang dah kita buat sekarang. Umur dah semakin meningkat dewasa. Adakah dunia dah menutupi hati kita dengan kehebatannya yang sementara ataupun akhirat membuat kita dengan yang maha Esa. Tepuk dada tanyalah iman Kita. Saya sendiri pun masih susah untuk memperbaiki diri. Tapi saya akan terus mencuba walau sesusah mana sekalipun, semoga cahaya yang menyala ini tidak akan padam menjadi gelap gelita. Meski hati merasa sunyi, yang Maha Esalah yang menjadi peneman kesuyian ini. Biarlah pahit dunia ini, asalkan kita berjaya kelak......
islamic (ukhwah)
islam satu cara hidup (ad-dien)
Salam semanis ukhwah
Friday, January 17, 2014
Tuesday, January 29, 2013
Marilah Bersedekah
AMALAN BERSEDEKAH
MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi
insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Agama Islam amat menggalakkan kita supaya hidup saling
tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan kerana dengan demikian akan
menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi
di antara satu sama lain. Jika suasana sedemikian wujud di kalangan umat Islam
maka akan terbinalah kehidupan yang aman damai, sejahtera dan harmoni. Inilah
faktor kekuatan umat Islam. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maa-idah
ayat 2 yang tafsirnya :
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah
kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya".
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Barang siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang
diperoleh dengan usaha yang halal sementara Allah s.w.t. tidak menerima kecuali
yang halal, Allah s.w.t. akan menerimanya dengan berkahNya. Kemudian Dia
melipat gandakan berkahNya bagi pelakunya, sebagaimana seseorang dari kalian
melipat gandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunug Uhud’’
Salah satu cara untuk kita melaksanakan konsep
tolong-menolong, bantu-membantu ialah dengan bersedekah. Sedekah ialah
pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar
semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala. Dan hukum
bersedekah itu adalah sunat. Dalam masyarakat kita, perbuatan bersedekah itu
juga diertikan atau disebut sebagai derma atau sumbangan.
Dalam mengerjakan amalan bersedekah, kita perlulah
melakukannya dengan hati yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, bukan
disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja. Supaya
perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia, agama Islam telah mengajar
umatnya bahawa ketika bersedekah, maka biarlah menepati erti sedekah itu
sebenarnya. Ke arah itu terdapat tiga perkara yang perlu diikuti bagi
kesempurnaan amalan bersedekah itu.
Pertama :
Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik dan elok.
Adalah tidak wajar dan munasabah andainya benda yang disedekahkan itu jika
disedekahkan kepada kita, kita sendiri tidak menyukainya dan tidak rela
menerimanya. Biarlah yang disedekahkan itu daripada benda-benda yang disenangi
oleh penerimanya. Kerana itulah Allah Subhanahu Wataala melarang bersedekah
dengan benda-benda yang tidak baik. Perlu diingat bahawa bersedekah adalah
merupakan ibadat dan tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah Subhanahu
Wataala kepada kita.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat
267 yang tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah
pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian
dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja
memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian
zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu
kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan
ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji".
Kedua :
Sesuatu yang disedekahkan itu hendaklah daripada yang
halal, bukan haram atau syubhat.
Ketiga :
Adalah sunat bagi pemberi sedekah atau derma itu
bersedekah dan berderma daripada benda-benda yang disukai dan disayanginya. Ini
jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 92
yang tafsirnya :
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai
hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya
Allah Maha Mengetahuinya".
Ingatlah jika kita benar-benar mahu amalan sedekah
kita menepati kehendak bersedekah, maka setentunya tiga perkara yang disebutkan
tadi perlu ada pada benda-benda yang disedekahkan walaupun hanya sedikit kerana
bukan sedikit atau banyak yang menjadi ukuran.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
maksudnya :
"Dari Adiyie bin Hatim Radiallahuanhu berkata :
Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Takutlah kamu
akan api Neraka walaupun dengan separuh buah kurma".(Riwayat Al-Imam
Al-Bukhari).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa amalan bersedekah
itu walaupun hanya sedikit dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita
daripada api Neraka.
Adalah perlu diambil ingatan bahawa jika kita
bersedekah, maka hendaklah disertai dengan keikhlasan, bukan dengan
mengungkit-ungkit dan menyakiti orang yang menerima sedekah atau derma kerana
perbuatan sedemikian hukumnya adalah haram dan merosakkan amalan bersedekah
itu.
Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 24 yang tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan
pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan
yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan
hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu
licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).
Demikianlah juga halnya
orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala
pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada kaum yang kafir".
Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah
tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan
kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan
mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba' ayat
39 yang tafsirnya :
"Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya
dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka
Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".
PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS
Kelebihan Puasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa bukan sahaja menahan
diri dari lapar dan
dahaga, malah ia melatih kita supaya mengawal diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak baik.Ianya baik terutamanya untuk golongan remaja
yang masih kuat dan muda. Selain itu, berpuasa sunat merupakan amalan yang baginda Rasulullah SAW sering
lakukan iaitu pada hari isnin dan khamis. Namun tahukah kita apakah kelebihan puasa sunat isnin dan
khamis.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat
Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku
suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Dengan
ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan
keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang
lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan
keistimewannya yang tersebut.
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan
padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan
al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
“Hari itu (hari yang bersejarah,
kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada
hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada
hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w.
mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur
kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya)
dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda
diutuskan menjadi Rasulullahsebagai rahmat bagi
seluruh alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)