Salam semanis ukhwah
Wednesday, November 24, 2010
Alam perkahwinan
Assalamualaikum,
saba uikhair, ^_^
kali nie saya ingin berkongsi akan apa yang dilalui oleh sahabat handai saya.
Bayangkan jika kita belum bersedia untuk menghadapi sesuatu perkara seperti terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan diri kita, semestinya ia suatu perkara yang mengejutkan. memang baik untuk kita menerimanya tapi hanya sekadar untuk mengeratkan persahabatan. Andai kata, tingkah laku orang yang bakal kita jadikan sebagai isteri itu tidak menyenangkan diri kita, masih perlukah kita menerimanya. memang tidak baik untuk kita menilai seseorang tapi perkara yang baik untuk dilakukan adalah mengikut gerak hati sendiri dan membuat solat istikarah agar kita sendiri diberi petunjuk oleh allah s.w.t. Bagi saya, jodoh kita sebenarnya dekat dengan diri kita dan dia berada di sekeliling kita. Cuma kita tidak boleh mengenal pasti siapa sebenarnya dia. sewaktu belajar jika kita berkahwin hukumnya makruh kerana kita tidak ada tangunggan untuk menyara kehidupan si dia. seelok-eloknya sesudah kita tamat belajar dan dapat bekerja barulah boleh kita sebatikan perkahwinan dengan diri kita. Jangan kita hanya sekadar memikirkan keseronokan. seharusnya , kita memikirkan kebahagiaan bersama teman hidup kita dan masa depan yang bakal tercipta.
Bercerita mengenai alam perkahwinan walaupun diri masih belum berkahwin, semestinya kita mahu seseorang yang boleh kita sayangi dan berkongsi semua perkara yang berlaku dalam hidup kita ini. termasuklah perkara sedih dan juga gembira. kita mahu menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti sewaktu dia sakit, sedih dan sebagainya. perkara paling penting sekali adalah kita mahu buat yang terbaik untuk dia betul-betul gembira walaupun dia tidak menyedarinya. setelah itu, kita mestilah mendekatkan diri dengan allah supaya tidak leka dengan kehidupan dunia, menjadi imam kepadanya serta membimbingnya ke arah jalan yang betul. Saling bantu-membantu ketika susah dan senang juga mampu mengukir satu kehidupan indah antara suami dan isteri. kalau boleh senantiasa berada di sampingnya, agar dia tidak rasa sunyi malah kita juga gembira melihat keceriaan yang terukir di mukanya. Menjaga makan minumnya dengan baik agar zuriat yang diperolehi adalah yang solehah dan mentaati kedua ibu bapanya. Janganlah kita membuat dia berasa sedih kerana air matanya adalah sangat berharga untuk dititiskan. Berpegang lah kita pada prinsip kebahagiaan hidup ini dan berdoa agar allah s.w.t. sentiasa meredhai kehidupan yang kita lalui ini. amin ya rabbana alamin ^^
Wednesday, November 10, 2010
Nothing to be remember.
assalamualaikum, saba ulkhair,
terasa bnyak kenangan lalu tiba-tiba menjelma kembali, perasaan takut kian hadir. Apakah ini benar? bagi ana perkara yang dah lepas elok lah dilupakan jika ia merupakan satu kenangan pahit. tapi, jika ia merupakan satu kenangan indah jangan lah kita memadam nya dari ingatan kita. ana berkata demikian sebab ana sendiri menghadapi nya. ( waktu tu macam rasa sesak dah penafasan ) tapi ana berdoa pada illahi, semoga cepatlah masa berlalu dan perkara tersebut boleh dilupakan dengan mudah. betul ke? haha hanya 90 percent je kot. tapi ana harap biarlah 100 percent ia lenyap. ye memang sakit jika seseorang pernah ada pengalaman pahit, akan tetapi kita mestilah ingat bahawa itu adalah satu ujian daripada illahi. kita seharusnya, menerima ujian itu dengan hati yang redha.
p/s : ish2 terasa masa berjalan begitu laju jika tak melakukan sesuatu yang berfaedah.. =D
masa itu umpama emas
Assalamualaikum,
hurm, lama dah rasanye tidak update blog nie ^^,
tapi atas sebab sedikit masa termenung, ana gunakan untuk update block ini, :-D
hari demi hari masa semakin berlalu, sedar tidak sedar kita semakin ke hadapan. Adakah banyak perkara yang kita lakukan pada hari-hari sebelumnya dengan baik. Rasanya, bagi diri ana sendiri masa yang digunakan adalah membazir jika kita berfikir panjang. Memang bagus jika berfikir panjang, tetapi bagi sesetengah perkara yang remeh dan kurang memberi kebaikan pada diri kita sendiri perlukah mengambil masa begitu lama ? jika ia berlaku bermakna kita sedang membazir masa, bak kata orang dulu-dulu masa itu adalah 'emas' kan =D jadi gunakan lah masa itu dengan baik (termasuk diri sendiri) hehe... adalah lebih elok jika kita mengunakan masa itu untuk perkara-perkara yang penting dan membawa faedah untuk diri kita. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada illahi agar setiap masa yang dilalui dapat membawa satu kegembiraan kehidupan dan juga faedah untuk diri kita sendiri.
rasanya, sampai sini saja yang dapat ana kongsikan bersama agar kita dapat muhasabah diri....
Subscribe to:
Posts (Atom)