ASSALAMMUALAIKUM,
Bagi saya penceraian melalui lafaz mulut adalah lebih baik berbanding dengan penceraian melalui sms, handphone, e-mail, surat, facebook, dan lain-lain cara lagi mengikuti perkembangan teknologi masa kini. Kerana melalui lafaz mulut adalah lebih jelas dan tiada unsur unsur fitnah yang timbul. Contohnya gurauan kawan yang ingin memfitnah rakannya, mesej yang disalah anggap oleh si isteri, dan lain lain perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan. Tuntasnya, hukum penceraian melalui sms adalah sah jika si suami telah berniat.
Ingatlah anda bahawa talak adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah s.w.t.
Fikirkannya wahai saudaraku sebelum membuat keputusan itu.
Salam semanis ukhwah
Wednesday, February 17, 2010
Thursday, February 11, 2010
Ape rasanya bila ada blog persendirian ?
Buat pertama kalinya apabila seseorang itu mempunyai blog persendirian apakah perasaan mereka?. Bagi saya, pemikiran seseorang yang selalu timbul apabila mempunyai blog sendiri adalah mereka akan mempunyai persoalan yang timbul seperti apa perlu saya lakukan?, apa perlu saya buat?, apa perlu saya lakukan untuk mempromosikan blog saya supaya semua orang suka?, dan lain-lain lagi. Bukan sahaja persoalan ini akan timbul, malah ia akan membuat seseorang itu terjerumus ke kancah blog kerana mempunyai minat yang mendalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)