ASSALAMMUALAIKUM,
Bagi saya penceraian melalui lafaz mulut adalah lebih baik berbanding dengan penceraian melalui sms, handphone, e-mail, surat, facebook, dan lain-lain cara lagi mengikuti perkembangan teknologi masa kini. Kerana melalui lafaz mulut adalah lebih jelas dan tiada unsur unsur fitnah yang timbul. Contohnya gurauan kawan yang ingin memfitnah rakannya, mesej yang disalah anggap oleh si isteri, dan lain lain perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan. Tuntasnya, hukum penceraian melalui sms adalah sah jika si suami telah berniat.
Ingatlah anda bahawa talak adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah s.w.t.
Fikirkannya wahai saudaraku sebelum membuat keputusan itu.
No comments:
Post a Comment