Salam semanis ukhwah

Thursday, September 23, 2010

DOA UNTUK KEKASIH KU


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…Seiringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku…Bawalah dia jauh daripada pandanganku…Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…Berikanlah aku kekuatan…Menolak bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja yang merah…Agarku sentiasa tenang…Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan akhirat…Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.




Sunday, September 19, 2010


Assalamualaikum,

alhamdulillah kerana dengan izin-Nya dapat saya ketemu lagi. saya masih menjelajah dan terus menjelajah erti-erti kehidupan ini. sedih, pahit, gembira, adalah rantaian kehidupan kita di dunia ini. memang sakit bila kita sakit, memang sedih bila kita sedih , dan memang gembira jika kita gembira. Tapi ketahuilah ini semua adalah ujian dari illahi untuk meningkatkan ketakwaan hamba-Nya. saya harap saya boleh bertemu dengan insan yang saya kasihi satu hari nanti dan akan saya menjaga nya dengan segala yang saya mampu. Kerana kehidupan ini menjadi sepi jika kita keseorangan malah tidak bermakna tanpa kasih sayang. saya juga ingin meminta maaf akan individu yang berkaitan, yang pernah saya lakukan kesilapan yang besar dahulu. sesungguhnya saya ini adalah insan yang lemah, yang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan. keceriaan lah mampu menyinari kehidupan kita. Ingat lah sahabat bahawa ada perkara boleh kita lalui engan mudah dan ada perkara yang susah untuk kita lalui. Namun kuat kan lah hati kita untuk menempuhi nya. Berdoalah kepada illahi agar kehidupan kita ini sentiasa rapat dengan kebahagian, tolonglah senyum selalu........ (^_^)

Saturday, September 18, 2010


Assalamualaikum,

khaifa haluka, ya sahabat ^_^
Ramadhan telah pun berlalu, hari raya aidilfitri juga sudah pun berlalu. Akan tetapi masih tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan salam aidilfitri `maaf zahir dan batin`. Bagi saya perkara yang lalu telah pun berlalu, usahlah dikenang kembali. saya mahu menjadikan diri saya sendiri gembira pada tahun ini kerana saya telah mengenggam azam baru saya ini. walau apa pun berlaku, saya harap saya tidak jatuh untuk kali kedua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...