Salam semanis ukhwah
Sunday, September 19, 2010
Assalamualaikum,
alhamdulillah kerana dengan izin-Nya dapat saya ketemu lagi. saya masih menjelajah dan terus menjelajah erti-erti kehidupan ini. sedih, pahit, gembira, adalah rantaian kehidupan kita di dunia ini. memang sakit bila kita sakit, memang sedih bila kita sedih , dan memang gembira jika kita gembira. Tapi ketahuilah ini semua adalah ujian dari illahi untuk meningkatkan ketakwaan hamba-Nya. saya harap saya boleh bertemu dengan insan yang saya kasihi satu hari nanti dan akan saya menjaga nya dengan segala yang saya mampu. Kerana kehidupan ini menjadi sepi jika kita keseorangan malah tidak bermakna tanpa kasih sayang. saya juga ingin meminta maaf akan individu yang berkaitan, yang pernah saya lakukan kesilapan yang besar dahulu. sesungguhnya saya ini adalah insan yang lemah, yang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan. keceriaan lah mampu menyinari kehidupan kita. Ingat lah sahabat bahawa ada perkara boleh kita lalui engan mudah dan ada perkara yang susah untuk kita lalui. Namun kuat kan lah hati kita untuk menempuhi nya. Berdoalah kepada illahi agar kehidupan kita ini sentiasa rapat dengan kebahagian, tolonglah senyum selalu........ (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment