Salam semanis ukhwah

Sunday, July 31, 2011

Tingkatkan amalan kita sempena Bulan Ramadhan yang Penuh Barakah ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Ya Allah, jadikanlah puasaku di bulan ini sebagaimana puasanya orang yang benar-benar berpuasa, jadikanlah ibadah malamku di bulan ini sebagaimana ibadahnya orang yang sungguh-sungguh, jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lupa dan hapuskanlah segala dosaku wahai Tuhan semesta alam, ampunilah aku wahai Pengampun orang-orang yang bersalah.


Ramadhan adalah hari yang memberikan kegembiraan buat hamba Allah yang mentaati perintah Nya. Dimana ibadah yang dilakukan digandakan pahala amalan dan musuh kita dirantaikan pada bulan ini. Akan tetapi kita haruslah beringat bahawa ada lagi musuh yang bersebati dengan diri kita iaitu Nafsu. Nafsu perlulah ditewaskan dan dijinakkan dengan baik agar kita boleh mengerjakan ibadah puasa serta amal ibadat dengan baik dan lancar.


Semua orang kelihatan begitu bersemangat pada hari pertama puasa ^_^ semoga semangat itu boleh dikekalkan sehingga akhir tamatnya bulan ramadhan. ana juga berharap seseorang itu juga boleh menjalani ibadah puasanya dengan baik. seharusnya pemakanan di bulan puasa juga adalah amat penting untuk dijaga. kerana kebanyakkan orang suka membazir taktala dibulan puasa, dan tabiat makan semakin menjadi-jadi berbanding dengan bulan yang lain.


ana berdoa semoga seluruh umat islam boleh berubah menjadi lebih baik berbanding dengan diri yang sebelumnya. AMIN yarabbana alamin. Jangan kita tewas dengan Nafsu kita, sedangkan kita mempunyai akal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana adalah buruk/ tidak baik.

Tingkatkan amalan kita sempena Bulan Ramadhan yang Penuh Barakah ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Ya Allah, jadikanlah puasaku di bulan ini sebagaimana puasanya orang yang benar-benar berpuasa, jadikanlah ibadah malamku di bulan ini sebagaimana ibadahnya orang yang sungguh-sungguh, jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lupa dan hapuskanlah segala dosaku wahai Tuhan semesta alam, ampunilah aku wahai Pengampun orang-orang yang bersalah.


Ramadhan adalah hari yang memberikan kegembiraan buat hamba Allah yang mentaati perintah Nya. Dimana ibadah yang dilakukan digandakan pahala amalan dan musuh kita dirantaikan pada bulan ini. Akan tetapi kita haruslah beringat bahawa ada lagi musuh yang bersebati dengan diri kita iaitu Nafsu. Nafsu perlulah ditewaskan dan dijinakkan dengan baik agar kita boleh mengerjakan ibadah puasa serta amal ibadat dengan baik dan lancar.


Semua orang kelihatan begitu bersemangat pada hari pertama puasa ^_^ semoga semangat itu boleh dikekalkan sehingga akhir tamatnya bulan ramadhan. ana juga berharap seseorang itu juga boleh menjalani ibadah puasanya dengan baik. seharusnya pemakanan di bulan puasa juga adalah amat penting untuk dijaga. kerana kebanyakkan orang suka membazir taktala dibulan puasa, dan tabiat makan semakin menjadi-jadi berbanding dengan bulan yang lain.


ana berdoa semoga seluruh umat islam boleh berubah menjadi lebih baik berbanding dengan diri yang sebelumnya. AMIN yarabbana alamin. Jangan kita tewas dengan Nafsu kita, sedangkan kita mempunyai akal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana adalah buruk/ tidak baik.

Thursday, July 21, 2011

Doa Rasulullah mohon pertukaran arah kiblat dimakbulkan

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, ayat 142)

Antara peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku kepada diri Rasulullah SAW serta Muslimin pada Syaaban ialah peristiwa perubahan arah kiblat daripada menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram (Kaabah) di Makkah.
Kisah perubahan kiblat terjadi pada tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW telah menunaikan solat menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi, baginda ingin menghadap ke arah Kaabah sebagai kiblatnya.




Setelah diperintahkan Allah untuk berpaling ke Kaabah, solat pertama yang dilakukan Baginda ialah solat Asar diikuti beberapa orang sahabat. Sesudah itu, seorang sahabat keluar dari masjid itu dan melihat dalam masjid orang sedang rukuk dan masih menghadap Baitulmaqdis.

Maka dia berseru: “Demi Allah, aku bersaksi bahawa aku bersolat bersama Nabi Muhammad SAW menghadap ke Kaabah di Makkah. Kemudian orang yang bersolat itu terus berpusing menghadap ke Kaabah dalam solat itu juga.” (Hadis riwayat Bukhari)



Ibnu Sa‘ad di dalam kitab al-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Apabila tiba waktu solat Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.
Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh itu masjid berkenaan dinamakan Masjid Qiblatain yang masih ada di Madinah dan menjadi salah satu tempat lawatan jemaah yang mengerjakan umrah mahu pun haji.



Perubahan arah kiblat adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini begitu berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmaqdis sehingga mereka mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.

Malah, kewajipan bersolat menghadap kiblat adalah satu perintah dan ketetapan daripada Allah dan sesiapa saja tidak boleh mempersoalkan mengapa perlu menghadap Kaabah apabila melakukan solat.



Inilah sebenarnya konsep ketaatan dan kepatuhan yang mutlak hanya kepada Allah saja dalam apa juga keadaan dan tidak boleh disamakan dengan ketaatan kepada makhluk.

Berkaitan Kaabah, Rasulullah pernah bersabda: “Kaabah itu kiblat bagi orang yang di dalam masjid, dan masjid itu bagi orang yang di Tanah Haram (Makkah), dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi)



Kemuncak daripada peristiwa ini ialah ia melambangkan kebenaran daripada Allah untuk kembali berkiblatkan Kaabah, sekali gus ia contoh doa Rasulullah yang dikabulkan Allah kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW telah diperkenankan Allah pada bulan Syaaban.



Selanjutnya, sebahagian kaum Muslimin berkata: “Kami ingin mengetahui mengenai orang yang telah meninggal dunia sebelum pemindahan kiblat (dari Baitulmaqdis ke Kaabah). Bagaimana juga dengan ibadah solat kami sebelum ini ketika kami masih menghadap Baitulmaqdis.

Maka turunlah ayat 143 surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa Allah tidak akan mensia-siakan iman mereka yang beribadah menurut ketentuan ketika itu.



Firman Allah yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Muhammad) sebagai satu umat pilihan dan pertengahan, supaya kamu menjadi pemberi keterangan (saksi) kepada umat manusia (kebenaran dan kebatilan), dan Rasulullah akan menjadi saksi kebenaran kamu. Dan Kami jadikan kiblat yang dulu itu hanyalah sebagai ujian untuk mengetahui siapakah yang benar-benar mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya (peralihan arah kiblat) itu sangat berat kecuali kepada orang yang telah diberikan petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan mensia-siakan dan menghilangkan keimanan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dan Merahmati orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Wanita banyak berjasa kepada Rasulullah

Sejarah buktikan kelembutan semula jadi tak halang serikandi Islam tabur bakti

ISLAM tidak sesekali bersikap diskriminasi antara gender dengan melebihkan dan mengurangkan peranan yang lain walaupun ada pihak menafikan sumbangan wanita dalam sejarah kebangkitan Islam sejak zaman Rasulullah SAW.
Ada beranggapan wanita hanya layak tinggal di rumah bagi menguruskan rumah tangga dan melayan suami saja. Mereka tidak dibenarkan menjenguk keluar dari jendela kehidupan. Alasannya mudah, Islam tidak menggalakkan mereka berbuat begitu demi memelihar
a kedudukan wanita.




Golongan wanita dijaga dengan baik oleh agama. Islam sama sekali tidak membenarkan sebarang penghinaan dilakukan terhadap mereka sama ada bertujuan menghina atau menzalimi mereka. Islam menuntut supaya wanita dilindungi, diberi pendidikan sehingga menguruskan perkahwinannya.



Daripada Abu Said Al-Khudri, Baginda Nabi bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang membesarkan tiga anak perempuan, mendidik mereka, mengahwinkan mereka dan berbuat baik terhadap mereka, dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Yusuf al-Qardhawi, ulama dan tokoh pemikir Islam yang terkemuka, telah menulis mengenai kedudukan wanita dalam Islam dengan menyebut, Islam menghormati wanita, mengiktiraf keinsanan serta keupayaannya memikul tuntutan agama, tanggungjawab, kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki syurga.



Sebenarnya sifat kehalusan, kelembutan dan ketajaman perasaan mereka amat bernilai dan tiada tandingannya hingga ke akhir zaman dengan mengambil contoh peranan dimainkan oleh Ummu Salamah.
Ummu Salamah dibawa Nabi saat perjanjian Hudaibiyah dibuat. Banyak sahabat tidak berpuas hati dengan perjanjian yang mereka rasa berat sebelah dan merugikan umat Islam. Namun Baginda tetap melaksanakan perjanjian itu.



Melihat maklum balas sahabat, Rasulullah SAW berasa susah hati. Baginda menemui Ummu Salamah dan memberitahu sikap sahabat yang tidak mahu mencukur rambut dan kembali ke Madinah. Maka jawab Ummu Salamah, masalah itu boleh diatasi dengan mencadangkan Baginda Rasul memulakannya.

Ummu Salamah yakin dan percaya sahabat Baginda yang lain akan mencontohi Nabi. Benar sekali, sahabat mencontohi Baginda Nabi dengan mencukur kepalanya lalu balik semula ke Madinah. Allah mengurniakan kelebihan terhadap wanita iaitu ketajaman firasatnya.



Peranan dan sumbangan Siti Khadijah sebagai isteri dan wanita pertama juga tiada bandingannya hingga ke hari ini. Sebagai orang pertama menerima Islam, secara langsung menjadi teras kekuatan semangat kepada Rasulullah SAW.

Siti Khadijah berperanan besar di sebalik kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan Islam kepada puak Quraisy. Sebagai seorang isteri yang patuh dan setia, Siti Khadijah sentiasa di sisi Nabi dalam membantu Baginda hingga ke akhir hayatnya.



Begitu juga dengan Barakah binti Tsa’labah bin Amru bin Hishan bin Malik bin Salmah bin Amru bin Nu’man al-Habasyiyah yang kemudian dikenali sebagai Ummu Aiman, wanita sentiasa bersama Nabi sejak dilahirkan hingga Baginda wafat.

Jasa Ummu Aiman sangat besar kepada Baginda. Wanita inilah yang menjadi pengasuh Nabi dan sangat rapat dengan Baginda. Tidak harian Baginda menyebut Ummu Aiman sebagai ibu kedua setelah ibu kandung Baginda, Aminah binti Wahab.



Walaupun Islam tidak menyamakan antara lelaki dan perempuan namun Islam tetap menghormati wanita dan mengangkatnya kedudukannya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain.” (Surah Ali-Imran, ayat 195)



Sejarah merakamkan pembabitan wanita dalam melaksanakan tanggung jawab kebajikan, khidmat sewaktu perang, membantu keluarga serta perkhidmatan lain yang bersesuaian dengan imej dan keterampilan wanita Islam itu sendiri.

Pembabitan wanita pada zaman Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang menolak tanggapan bahawa wanita Muslim tidak perlu terbabit dengan aktiviti luar melainkan untuk tetap dan setia bersama keluarga sepenuh masa. Saidina Ali berkata: “Dada orang berakal itu adalah peti rahsianya.”

Pendekatan agama beri kekuatan perangi maksiat

Tanggungjawab didik anak mesti berterusan demi kecemerlangan generasi masa depan

MAKSIAT atau perbuatan yang menyebabkan dosa besar bukan saja musuh kepada agama dan umat Islam tetapi juga menjadi halangan yang akan merencatkan pembangunan insan dalam sebuah negara membangun.
Maksiat yang berlaku dalam pelbagai bentuk seperti rasuah, salah guna kuasa, penipuan, judi, zina, arak dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat hari ini.



Ia bermula dengan hilangnya rasa malu dan takut kepada azab Allah sehinggalah kerana tamakkan dunia dan isinya. Orang yang tega melakukan maksiat sanggup menjauhkan dirinya daripada cinta Allah semata-mata untuk melampiaskan nafsunya yang sementara di dunia ini.



Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar, dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.” (Surah Saad, ayat 26)



Orang yang melakukan maksiat juga tiada kewarasan akal dalam menghitung untung dan rugi menyekutukan amalan agama dengan ketaatan kepada syaitan durjana.

Mereka hilang pedoman, sehingga sanggup memburukkan nama sendiri dan keturunan, malah seolah-olah mencabar kuasa Allah yang menjanjikan neraka jahanam buat mereka yang melanggar perintah-Nya.
Hari ini, tidak ramai orang yang mampu melihat perbuatan maksiat sebagai najis yang kotor dan jijik. Orang yang melakukan maksiat juga tidak merasai keaiban sepatutnya kerana perbuatan mereka tidak diperangi dalam struktur sosial, budaya dan agama secara konsisten serta menyeluruh.



Justeru, maksiat yang sudah menjadi wabak di kalangan umat Islam hari ini wajar diperangi melalui pelbagai usaha dan cara supaya tidak menjadi madu yang akan terus dihisap rakus oleh mereka yang sering kali lalai atau lupa.

Apabila racun menjadi madu, ia bukan saja sukar ditolak, tetapi sering diidam oleh sesiapa saja, hatta mereka yang cuba sedaya upaya menjauhi larangan agama.




Apabila seseorang sudah tidak mampu menolak maksiat kepada Allah kerana segumpal darah yang disebut ‘hati’ dalam dirinya tidak lagi suci, tugas mengembalikan mereka ke pangkal jalan sudah tentulah terbeban di bahu ibu bapa.

Sebab itulah tanggungjawab mendidik anak tidak akan terhenti walaupun mereka sudah meningkat usia atau bergelar orang ternama. Bukankah anak adalah amanah Allah ke atas setiap ibu bapa?

Apabila ibu bapa mula selesa dengan ‘aliran semasa’ yang melepaskan tanggungjawab daripada menasihati anak dengan alasan mereka sudah dewasa atau tidak menunjukkan model tarbiah terbaik mengikut kacamata agama untuk teladani, ia amat membimbangkan.



Perlu ditekankan, selain sistem sokongan lain yang akan membimbing setiap individu sama ada secara langsung atau tidak langsung, peranan ibu bapa sebagai guru pertama dan sehingga akhirnya tidak boleh dikesamping.

Selain ibu bapa, pendidik perlu menanam rasa benci terhadap maksiat kepada pelajar sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Garis panduan agama yang jelas membuat sempadan antara yang hak dan batil harus diserapkan dalam setiap modul pengajaran dan pembelajaran.



Ia sepatutnya menjadi salah satu objektif pembelajaran yang wajib diadaptasi mengikut kesesuaian mata pelajaran diajar. Secara tidak langsung, proses pendidikan bukan saja mengajar pelajar, juga mengingatkan pendidik peranan sebagai murabbi.

Pemimpin pula haruslah menjadi model ikutan terbaik kerana mereka harus bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpin. Setiap pemimpin adalah ibu bapa dan pendidik, memegang amanah lebih berat memastikan setiap ahli mengikut aturan hukum yang mutlak.

Justeru, jika ibu bapa, pendidik atau pemimpin sendiri melakukan maksiat kepada Allah, ia adalah ancaman baru dalam dunia hari ini, dan wabak ini tidak boleh dibiar tanpa pembersihan jiwa secara tegar. Wabak maksiat perlu diperangi dan ia harus bermula dari dalam diri sendiri.

Friday, July 15, 2011

Berusaha ikhlas dalam beribadah

Jika seseorang itu benar-benar ikhlas menghadapkan diri pada Allah, maka Allah akan menolongnya dari penyakit rindu dengan cara yang tak pernah terdetik di hati sebelumnya. Cinta pada Allah dan nikmat dalam beribadah akan mengalahkan cinta-cinta lainnya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Sesungguhnya, jika hati telah merasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal-hal lain yang lebih manis, lebih indah, lebih nikmat dan lebih baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu yang dicintainya, melainkan setelah memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Atau kerana adanya sesuatu yang ditakutinya. Cinta yang buruk boleh dihilangkan dan digantikan dengan cinta yang baik. Atau takut terhadap sesuatu yang membahayakannya.”

p/s: semoga perasaan itu dpt dihidarkan dari diriku utk waktu ini. ku berdoa, semoga iyi sehat walaupun jarang bertanya khabar lagi...

Tuesday, July 12, 2011

Tingkatkan amal ibadah rebut kelebihan Syaaban

BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.









Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.


Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.

Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.
Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa juga sembahyang ia akan lakukan secara berterusan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Saturday, July 2, 2011

Ketulusan hati, tenang rahsia khusyuk dalam solat

Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun ayat 1 dan 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah berjaya orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat.”





Persoalannya, bagaimanakah untuk kita mencapai tahap solat yang seharusnya dikerjakan oleh seorang yang beriman? Adakah mencukupi sekiranya seseorang itu mengerjakan solat bagai ayam makan padi, belum sempat dahi kepala menyentuh tempat sujud, sudah kembali bangkit dengan tergopoh gapah? Adakah orang begini dikira sebagai khusyuk? Sudah tentu tidak.



Ada ulama yang menjawab persoalan ini dengan mengatakan khusyuk ialah apabila seseorang itu bersolat dalam keadaan tetap, tenang tanpa bergerak, bergoyang atau menoleh ke kiri dan ke kanan. Diceritakan suatu ketika Saidina Umar bin al-Khattab terpandang seorang lelaki yang sedang memegang dan bermain-main janggutnya ketika solat, lalu Saidina Umar berkata: “Seandainya khusyuk hati lelaki ini nescaya khusyuklah segala anggota.”



Ada juga ulama mengatakan bahawa orang yang khusyuk adalah orang yang memberi sepenuh perhatian, pemikiran, ingatan dan lintasan hati kepada solat yang dikerjakan dengan meneliti makna ayat-ayat yang dibaca dan menghayati keseluruhan solat itu sendiri tanpa memasukkan dalam ingatan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat yang mengganggunya untuk khusyuk.




Justeru, apabila seseorang hendak mendirikan solat, namun pada masa yang sama makanan sudah dihidangkan, maka Rasulullah memerintahkan untuk kita makan dulu sekiranya waktu solat masih panjang.

Selain itu kita dilarang untuk menahan kentut atau buang air kecil atau buang air besar sekiranya hendak mendirikan solat.

Imam Ghazali RHM meletakkan beberapa pendekatan untuk kita khusyuk iaitu:

  • Pertama - hendaklah mengetahui dan memahami benar-benar solat yang dikerjakan.

  • Kedua - Ketika solat hendaklah berhampiran hadapan dinding.

  • Ketiga - Hendaklah sentiasa memandang ke tempat sujud.

  • Keempat - Tempat sujud janganlah ada sebarang gambar atau lukisan.


  • Jika mengerjakan solat dengan khusyuk dan penuh ketenangan, Allah akan menyegerakan pahala dan ganjaran. Tetapi jika tidak boleh khusyuk, tidak boleh meninggalkannya kerana solat itu wajib dan amal yang fardu.


    Jika mengerjakannya terus menerus tanpa meninggalkannya, akan mendapat pahala. juga hendaklah faham bahawa Allah SWT tidak menuntut tanggungjawab terhadap persoalan-persoalan yang kita tidak mampu melaksanakannya. Mungkin kita perlu muhasabah kembali kenapa susah untuk khusyuk. Adakah kita masih tidak meninggalkan maksiat? Begitu juga hendaklah memastikan segala hajat seperti buang air besar atau kecil ditunaikan dulu.



    Usahakan untuk memahami bacaan dalam solat. Di samping itu, hendaklah menyedari setiap pertuturan dan pergerakan dalam solat. Seterusnya, hendaklah merasakan diri sangat kerdil dan lemah di hadapan Allah SWT. Demikianlah, wallahua’lam.

    Wajib ganti setiap puasa ditinggalkan

    Alah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”



    Sekiranya seseorang tertinggal beberapa hari puasa di bulan Ramadan, maka hendaklah dia menggantikannya sebelum tiba Ramadan yang baru. Dalam sebuah hadis yang riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a berkata: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Syaaban tiba dan itu adalah kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.”



    Menurut al-Hafiz Ibn. Hajar rhm: “Keinginan Aisyah yang tinggi untuk berpuasa pada bulan Syaaban adalah kerana syarak tidak membenarkan menangguhkan ganti puasa sehingga Ramadan yang baru tiba.

    Seseorang yang melengahkan ganti puasa terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama, iaitu golongan yang berlengah atas alasan yang sah di sisi syarak seperti sakit yang berpanjangan. Jika keadaan ini berlaku, maka seseorang itu boleh menggantikan puasa walaupun selepas Ramadan yang kedua.



    Golongan yang kedua pula adalah golongan yang tidak mempunyai alasan untuk melengahkan perkara itu.

    Contohnya, dia berupaya menggantikan puasa tetapi tidak melakukannya sebelum Ramadan baru bermula dengan sengaja.

    Golongan kedua ini berdosa kerana gagal menggantikan puasa tanpa alasan yang sah. Kalangan ulama bersepakat bahawa dia hendaklah menggantikan puasa.
    Namun mereka berbeza pandangan sama ada dia kena menggantikan puasa di samping membayar fidyah atau tidak.



    Imam Malik, Syafi’I dan Ahmad berpendapat bahawa mesti membayar fidyah di samping menggantikan puasa. Pandangan ini berdasarkan riwayat daripada beberapa orang sahabat seperti Abu Hurairah dan Ibnu Abbas RHM.

    Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa tidak perlu membayar fidyah. Cukup hanya menggantikan puasa. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang memerintahkan agar orang yang tidak berpuasa, hendaklah menggantikannya sebagai dalil. Ayat ini tidak menyebutkan tentang pembayaran fidyah kepada orang miskin. Itulah pendapat yang dipegang beliau.



    Imam al-Bukhari RHM. memilih pandangan yang kedua. Beliau berkata dalam kitabnya Sahih al-Jami’: “Ibrahim al-Nakha’i berkata bahawa jika seseorang lalai (tidak menggantikan puasa yang ditinggalkan) sehingga Ramadan baru, dia hendaklah menggantikan hari-hari yang tertinggal bagi kedua-dua tahun. Tetapi dia tidak berpendapat perlunya membayar fidyah bagi setiap hari yang tertinggal.

    Ada juga petikan mursal daripada Abu Hurairah dan ibnu Abbas yang berkata bahawa dia perlu membayar fidyah.



    Kemudian Imam al-Bukhari menyebut: “Tetapi Allah tidak menyebut mengenai membayar fidyah kepada orang miskin (melalui firman-Nya).”

    Oleh itu, apa yang wajib ialah menggantikan puasa saja tetapi jika seseorang ingin lebih selamat dengan membayar fidyah di samping menggantikan puasa, itu lebih baik.



    Jika melambatkan ganti puasa tanpa sebarang alasan, hendaklah bertaubat kepada Allah dan bertekad tidak akan mengulangi kesilapan ini akan datang.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...