ASSALAMUALAIKUM,
MARHABAN YA RAMADHAN
Walaupun mengalami kesulitan dalam memperbaharui entry, saya
masih berharap tidak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan yang
barakah ini. yakni, bulan Ramadhan Al-Mubarak.
ya, banyak kesulitan dan juga dugaan yang dialami oleh diri
saya di dalam bulan yang istimewa bagi semua umat yang beragama islam. Namun
begitu, saya amat berharap agar Allah s.w.t. memberi saya petunjuk dan
hidayah-Nya kepada diri saya. Apa yang begitu diharapkan adalah ketabahan yang
kuat perlu ditanam di dalam diri saya sekarang ini.
seharusnya, musibah yang menimpa diri ini ada hikmahnya,
insyallah. Diharap semua rakan taulan saya boleh memahaminya. Kadang-kala rasa
amat menyesakan dan seolah-olah pergerakan masa itu terhenti begitu lama dan
menyakiti diri ini tanpa henti.
Dengan ditambah masalah hati yang telah pun terkubur dan
kadang-kala masih lagi membawa kesan parut yang mendalam. semoga insan tersebut
senantiasa sehat. kesal dengan apa yang telah berlaku dan saya akan cuba
memperbaiki diri saya yang lemah ini. My apologize. yup, semua manusia banyak melakukan
kesilapan tetapi mereka masih berpeluang membaiki kesilapan itu. saya seorang
yang tidak sempurna ~~
Taktala demikian, diri ini begitu sukar untuk berhadapan
dengan orang yang dikenali kerana kepahitan ini sering kali mengores apabila
menyapa mereka. Bukan bermaksud diriku ini sombong tetapi daku ingin
mendapatkan kembali kekuatan untuk berhadapan dengan anda semua. Saya mohon
anda semua janganlah buruk sangka terhadap saya. Jika ada kesilapan saya
menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada anda semua.
Namun, saya masih lagi tercari-cari sumber kekuatan diri
yang sebenar iaitu hanya Allah yang mengetahuiNya. Aku lemah Ya Allah tanpa
pertolongan Mu, dan daku memohon agar ujian yang kulalui ini kian ada
penyudahnya. Hari demi hari masa terus berlalu tanpa ada sesuatu hasrat yang
tercapai, adakah ini penyudahnya dengan segala yang diriku lakukan,,,,,YA ALLAH
:'(
Akhir kata, Mohon maaf kepada Para pembaca kerana entry ini
tidak memberi sebarang faedah kepada kalian semua. entry ini hanyalah sekadar
keperibadian yang menyeksa diri ini yang tidak mampu lagi dipendam. Kepada
insan tersebut daku memohon maaf. IYI
No comments:
Post a Comment