Lapangkan Masa
anda Untuk menghayati sejenak kisah Nabi Kesayangan kita. Baginda Rasulullah
s.a.w.
Sayang nya Rasulullah terhadap ummat nya. Setengah
ummat nya sayangkan Rasulullah ketika meyambut maulud sahaja. Sedar kah kita
tarikh kelahiran dan kewafatan adalah bersamaan? Jadi yang mana satu kita
merayakan nya pada hakikat.
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan
sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji
penghabisan (Wada’)
Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang
Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan
nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut,
Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan
berkata:”Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan
urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan
demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu
dengan kamu.”
Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka
Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.
Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat
beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh
malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka
pun gembira sambil berkata:”Agama kita telah sempurna! agama kita telah
sempurna!”
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah
S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah
lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai
kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu
Bakar r.a dan mereka berkata:”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu
menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira
sebab agama kita telah sempurna.”
Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar
r.a pun berkata:” Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah
yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah
sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut
bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan
Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka
sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis.
Tangisan mereka telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun
terus memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat itu.
Salah seorang dari sahabat berkata:” Ya Rasulullah,
kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai orang menangis
dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.”
Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat
itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas ke rumah
Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a
maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya. “Wahai
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?” Kemudian Ali r.a berkata:” Ya
Rasulullah S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda
bahawa wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Semua yang dikata
oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan
kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan
Rasulullah S.A.W maka dia menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan
sementara Ali r.a pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain
menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para
sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W
hidup selepas turunnya ayat terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari,
35 hari dan ada juga yang mengatakan 21 hari.]
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau
menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para
Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan
solat 2 rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat
beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai para
muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang
kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung
kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau
sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu
saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun
seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata:” Demi ayah dan
ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali
sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi:
“Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu
saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun
menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda
telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana
pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu
sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ukasyah, Rasulullah
sengaja memukul kamu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.:
“Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:”Rasulullah telah menyediakan
dirinya untuk di balas (qishash).”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun
memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan
berkata:” Siapakah di pintu?”
Lalu Bilal berkata:”Saya Bilal, saya diperintahkan oleh
Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya.”
Kemudian Fatimah berkata:” Wahai Bilal, untuk apa
ayahku meminta tongkatnya?”
Bilal berkata:”Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah
menyediakan dirinya untuk di qishash.” Fatimah bertanya lagi:”Wahai Bilal,
siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?”
Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik
sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya
kepada Rasulullah S.A.W.
Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut
dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal yang
demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil
berkata:”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W.,
tetapi kamu qishashlah kami berdua.”
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu
Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:”Wahai Abu Bakar dan Umar,
duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu
berdua.”
Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:”Wahai ‘Ukasyah!
aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu
pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ali, duduklah
kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi
hati mu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:”Wahai
‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah
S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah
S.A.W.”
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun
berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai ‘Ukasyah, pukul lah
saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata:” Ya Rasulullah S.A.W. anda
telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”
Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua
yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah
S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya,
ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini
adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T.
dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Dengarlah kamu
sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan
mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah
berkata:” Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau
telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam
syurga.”
Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka
beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata:
“Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan
mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan
kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri
apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang
putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas
diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua
keluarlah sebentar meninggalkan ku. Setelah itu baru kamu semua masuk
beramai-ramai bersolat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan
berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada
kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan
kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah
tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:” Dengarlah para
sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan
telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara
kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran
dari mati.”
Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari
dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa
Rasulullah S.A.W. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.
Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah
berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah
Rasulullah S.A.W. Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka Bilal
r.a pun memberi salam:” Assalamualaikum ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh
Fatimah r.a: “Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau.”
Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah
r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal
pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti
permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan
baginda berkata:”Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin
berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah
dengan mereka yang hadir.”
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka
Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas
kepala dengan berkata:” Aduh musibah!”
Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun
memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan
kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat
mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga
jatuh pengsan.
Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam
masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?” Maka
Fatimah memberitahu:”Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid.”
Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin
Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke
masjid. Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat
Subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun
berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan
pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah
S.W.T. dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan
dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan
hari terakhir aku di dunia.
Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun
pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat
Izrail:”Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa
dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan
cara yang paling lembut sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah
terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan
kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.
Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari
Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab
Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka
dia pun memberi salam:”Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir
risaalati aadkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?”)
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia
pun berkata:”Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya
yang semakin berat.”
Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti
permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:” Wahai Fatimah,
siapakah di depan pintu itu.”
Maka Fatimah r.a berkata:”Ya Rasulullah, ada seorang
Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk
sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa
mengigil badan saya.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Fatimah,
tahu kah kamu siapakah orang itu?”
Jawab Fatimah:”Tidak ayah.”
Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan- perkumpulan
dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur.”
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia
menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah
maka beliau pun berkata:” Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail
masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamualaikum ya
Rasulullah.”
Lalu Rasulullah menjawab:”Wa alaikas saalamu, wahai
Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”
Izrail berkata:”Kedatangan saya adalah untuk
menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak
izinkan maka aku akan kembali.”
Rasulullah berkata:”Wahai Izra
il, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?”
Izrail berkata:”Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit
dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan
duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat
kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Wahai Jibrail,
tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?”
Jibrail berkata:” Ya, aku memang tahu.”
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:”Wahai Jibrail
beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T.”
Jibrail A.S. berkata:”Sesungguhnya semua pintu langit
telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua
para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Rasulullah S.A.W. berkata:”Sekarang kamu katakan pula
tentang umatku pada hari Kiamat nanti.”
Jibrail A.S berkata:” Allah S.W.T. telah berfirman:
“Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau
masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum
umat mu memasuki syurga.”
Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Izrail, dekat lah
kamu kepadaku.”
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya
apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Wahai
Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati.”
Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila
mendengar kata -kata beliau.
Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun
berkata: “Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”
Jibrail A.S berkata:”Wahai kekasih Allah, siapakah
orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik berkata:”Apabila roh Rasulullah S.A.W.
telah sampai di dada beliau bersabda:”Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga
solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu.”
Ali r.a. berkata:”Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua
kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia
berkata:”Umatku, Umatku.