Salam semanis ukhwah

Sunday, October 17, 2010

Daku mencintaimu ya Rasulullah s.a.w

assalamualaikum,

Begitu menyedihkan jika kita betul-betul menghayati pemergian manusia yang telah melengkapkan agama allah iaitu islam. Namun pada hari ini teringat kah kita kepadanya ? manusia sekarang semakin suka mengejar keduniaan, malah begitu taksub akan harta benda, mainan perasaan, mainan duniawi dan juga perkara yg boleh membuat kelalaian. Sedangkan ketika kewafatan baginda, baginda masih merisaukan akan umatnya. Di saat nyawa ditarik kata-kata yang terdengar dari mulutnya adalah umatku...Umatku....UMATKU!!!.. Tetapi cuba kita lihat pada hari ini, teringatkah kita kepada baginda? dengan keadaan sekarang, menjadi satu kebiasaan atau kedengaran iaitu manusia saling berbunuhan, gejala sosial semakin berkembang, orang islam suka meniru gaya barat dan paling menyakitkan dan menyedihkan ada orang islam sendiri keluar dari agamanya. Tidak kah kita sedar apa yang sedang kita lakukan hari ini? tidak malukah kita ? tidak kah kita sedar siapa yang begitu memikirkan kita? tidak kah kita sedar apakah tujuan kejadian hidup kita!!! ? adakah hidup untuk bersuka ria sahaja.....subhanallah. Kembali lah kita akan kepada perangai dan tingkah laku yang mendorong kita ke arah kebaikan...sedarlah kembali saudara ku sebelum terlambat.. dan janganlah sampai di penghujung nyawa baru kita menyedarinya.........................

Di sini ada satu video yang ingin saya kongsikan bersama, agar sedikit sebanyak dapat kita menghayati dan memperolehi kesedaran diri......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...