Salam semanis ukhwah

Friday, August 20, 2010

Ku berdoa pada mu


Assalamualaikum,

kali ini rasa gembira makin hadir tetapi mengapa ia semakin jauh dari saya secara tiba-tiba. Ya allah hamba mu berdoa padamu agar kuatkanlah hati hambamu ini. semakin banyak kekeliruan dan semakin banyak persoalan yang muncul pada diri hamba mu ini. setiap hari hamba mu berdoa ya allah agar keadaan menjadi pulih. Rasanya dia tidak pernah lihat bahawa si dia sentiasa berada disampingnya, ketika dia susah, senang, menangis dan juga gembira. sampai bilakah keadaan ini akan tamat? ya allah berilah hamba mu ini petunjuk dan jalan yang benar. ketika ku sayu rasanya tiada siapa yang tahu melainkan hanya mampu mengadu pada illahi. tidak kisah lah jika semua ini berlaku, akan tetapi hamba mu mahu melihat dia tersenyum di depan ku sahaja...cukuplah rasanya perasaan ini buatnya. Maaf perasaan ini cuma untuk luahan diri ana sahaja.

Monday, August 16, 2010

Hari yang baru


Assalamualaikum,

semoga ceria selalu wahai sahabat andai ana.

Hari ini merupakan hari yang baik untuk saya memulakan perjalanan saya yang jauh.
kerana saya sudah memutuskan penamatan noktah dalam diri saya dan ingin memulakan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. rasanya adakah keputusan yang saya ambil itu betul? persoalan ini masih lagi bermain difikiran saya. walaupun memerlukan masa lagi, saya masih berharap dan berdoa kepada illahi agar penyakit hati saya ini kian pulih. memang terlalu pilu perasaan saya kebelakangan ini...tetapi setelah berdoa kepada illahi ia membuatkan perasaan saya kembali tenang dan bersemangat kembali. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat handai saya kerana menceriakan diri saya kembali, terutamanya kepada dua rakan baik saya. Dengan semangat mereka lah saya kembali ceria. Saya juga berasa amat bersyukur kepada illahi kerana dengan rahmat-Nya keadaan saya kembali sihat. Juga detik-detik pengalaman indah bersama mereka iaitu sahabat-sahabat saya yang bertelatah lucu serta menyerikan suasana. (^_^).

Sunday, August 15, 2010

Tempat mengadu


Assalamualaikum,

Ini cumalah luahan perasaan saya yang terpendam, walaupun susah untuk saya menerima kenyataan ini dan tiada apa yang mampu saya lakukan. Mungkin saya sudah biasa akan kehidupan berseorangan kerana bagi saya tempat luahan isi hati saya yang sebenar-benarnya hanya lah kepada Allah s.w.t. Mungkin secara tidak sengaja saya telah memperolehi ramai kawan-kawan yang memahami diri saya ini. Tetapi sejauh manakah mereka faham akan isi hati sahabat mereka ini. Tidak mungkin semua masalah diri kita boleh diselesaikan oleh kawan kita selain berdoa dan bersujud kepada yang maha Esa. Yakinlah kita bahawa dengan berdoa dan terus berdoa sedikit sebanyak dapat menenangkan hati dan perasaan seseorang itu ketika dia menghadapi masalah. saya sendiri rasa sedih walaupun tiada sesiapa yang faham akan perasaan saya yang sebanar-benarnya. Tetapi saya yakin bahawa dengan berdoa kepada Illahi sedikit sebanyak masalah saya dapat diselesaikan kerana sehingga sekarang rasa sedih itu masih ada tetapi tidaklah seperti pertama kali ianya berlaku. saya masih berharap perasaan sedih itu akan hilang dan lenyap dari diri saya ini..rasa seperti menangis dalam dunia saya sendiri iaitu dunia dalaman saya..tetapi saya akan terus berharap dan berdoa kepada Illahi..Insyallah. Akhir kata berfikirlah dahulu sebelum membuat keputusan kerana keputusan itu lah yang akan kita perolehi ( silap langkah membawa padah ). :(((

Saturday, August 14, 2010

senyuman satu sedekah


asslamualaikum,

khaifa haluka ya sohabat?
syukur kepada Illahi kerana dengan rahmat-Nya kehidupan saya di hari ini adalah lebih baik dari semalam. Kerana senyuman lah yang menceriakan suasana kehidupan kita ini. lebih-lebih lagi senyuman yang ikhlas dari diri kita sendiri adalah merupakan satu sedekah sambil memberi ketenanagan yang abadi di dalam diri. Mudah-mudahan senyuman ini akan terus berkekalan walaupun kita tidak tahu akan halangan di hari-hari yang bakal kita tempuhi nanti. Ingatlah bahawa tugas kita masih banyak didunia ini dan kalau boleh kita punuhkan tugas kita dengan beramal ibadah kepada Allah s.w.t. dan itulah yang merupakan sebaik-baik amalan hidup kita didunia ini. walaupun saya juga sering terleka namun berharap kepada Illahi agar tidak melekakan saya dengan urusan dunia dan mengabaikan urusan akhirat. kesimpulannya penuhi lah kehidupan kita ini dengan senyuman. kerana banyak kita senyum dengan hati yang ikhlas banyaklah kita mendapat pahala dari Allah s.w.t. Insyallah.

kehilangan teman sejati


assalamualaikum,

rasanya terlalu perit untuk dikongsi kepada rakan-rakan yang mengikuti blok ini. tetapi ia hanyalah kenangan bagi saya, walaupun dia pernah menjadi semangat kedua dalam hidup saya walaupun hanya dalam masa yang singkat tetapi ia amat bermakna bagi saya. Taktala sakit, sedih dan gembira dia tetap memberi saya semangat namun apakan daya apabila pertemuan itu ditakdirkan dalam masa yang singkat. Namun saya tetap bersyukur kepada illahi atas pengurniaan Nya iaitu memberi saya seorang kawan yang sejati. Kehilanganya amat dirasai apabila kekosongan dalam diri ini mula timbul dan seringkali cuba untuk menahan sebak. saya hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t supaya menguatkan semangat dan keimanan saya, lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. saya amat berharap supaya boleh bertemu dengan seseorang yang mempunyai kebaikan sepertinya. saya tahu masa akan terus berlalu dan hati bakal terubat, dan perpisahan dengannya menjadi satu kenangan pahit bagi diri saya. saya berharap kepada Illahi agar bertemuan yang akan datang lebih baik dari pertemuan yang sebelumnya.
Insyallah. ^_^

Friday, August 13, 2010

hakikat


assalamualaikum,

huuu, hari demi hari terus berlalu. Banyak sudah pengalaman yang memenuhi ruangan hidup kita.
sekarang tibalah masa untuk kita menghadapi bulan yang paling istimewa iaitu bulan ramadhan al-mubarak. jadikan lah bulan ramadhan ini sebagai bulan yang terbaik untuk kita melakukan dan mempertingkatkan amal ibadat kita. ketahuilah bahawa banyak fadilatnya jika kita melakukan perbuatan yang diredhai Allah kerana bulan inilah pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup dengan serapat-rapatnya.

Bagi hamba Allah yang menghadapi dugaan, ingatlah bahawa Allah masih sayangkan kita dan dugaan itu sebagai suatu peringatan untuk kita supaya tidak leka dengan kehidupan dunia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...