Salam semanis ukhwah

Saturday, August 14, 2010

kehilangan teman sejati


assalamualaikum,

rasanya terlalu perit untuk dikongsi kepada rakan-rakan yang mengikuti blok ini. tetapi ia hanyalah kenangan bagi saya, walaupun dia pernah menjadi semangat kedua dalam hidup saya walaupun hanya dalam masa yang singkat tetapi ia amat bermakna bagi saya. Taktala sakit, sedih dan gembira dia tetap memberi saya semangat namun apakan daya apabila pertemuan itu ditakdirkan dalam masa yang singkat. Namun saya tetap bersyukur kepada illahi atas pengurniaan Nya iaitu memberi saya seorang kawan yang sejati. Kehilanganya amat dirasai apabila kekosongan dalam diri ini mula timbul dan seringkali cuba untuk menahan sebak. saya hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t supaya menguatkan semangat dan keimanan saya, lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. saya amat berharap supaya boleh bertemu dengan seseorang yang mempunyai kebaikan sepertinya. saya tahu masa akan terus berlalu dan hati bakal terubat, dan perpisahan dengannya menjadi satu kenangan pahit bagi diri saya. saya berharap kepada Illahi agar bertemuan yang akan datang lebih baik dari pertemuan yang sebelumnya.
Insyallah. ^_^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...