Salam semanis ukhwah

Sunday, August 15, 2010

Tempat mengadu


Assalamualaikum,

Ini cumalah luahan perasaan saya yang terpendam, walaupun susah untuk saya menerima kenyataan ini dan tiada apa yang mampu saya lakukan. Mungkin saya sudah biasa akan kehidupan berseorangan kerana bagi saya tempat luahan isi hati saya yang sebenar-benarnya hanya lah kepada Allah s.w.t. Mungkin secara tidak sengaja saya telah memperolehi ramai kawan-kawan yang memahami diri saya ini. Tetapi sejauh manakah mereka faham akan isi hati sahabat mereka ini. Tidak mungkin semua masalah diri kita boleh diselesaikan oleh kawan kita selain berdoa dan bersujud kepada yang maha Esa. Yakinlah kita bahawa dengan berdoa dan terus berdoa sedikit sebanyak dapat menenangkan hati dan perasaan seseorang itu ketika dia menghadapi masalah. saya sendiri rasa sedih walaupun tiada sesiapa yang faham akan perasaan saya yang sebanar-benarnya. Tetapi saya yakin bahawa dengan berdoa kepada Illahi sedikit sebanyak masalah saya dapat diselesaikan kerana sehingga sekarang rasa sedih itu masih ada tetapi tidaklah seperti pertama kali ianya berlaku. saya masih berharap perasaan sedih itu akan hilang dan lenyap dari diri saya ini..rasa seperti menangis dalam dunia saya sendiri iaitu dunia dalaman saya..tetapi saya akan terus berharap dan berdoa kepada Illahi..Insyallah. Akhir kata berfikirlah dahulu sebelum membuat keputusan kerana keputusan itu lah yang akan kita perolehi ( silap langkah membawa padah ). :(((

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...