Salam semanis ukhwah

Saturday, May 14, 2011

Umat Islam disuruh berikhtiar, berdoa tangani bencana

DARIPADA Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda bermaksud: "Janganlah sekali-kali kamu mengharapkan kematian kerana malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku."


.................................

Seperti maklum, Islam menyuruh umatnya berikhtiar dalam apa juga perkara atau kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah.

Kehidupan adalah ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh mana keteguhan iman dan setakat manakah pergantungan seseorang terhadap Allah.



Orang beriman sentiasa tabah menempuh dugaan, sebaliknya pula orang kurang imannya di mana hal itu memungkinkan mereka menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.

Hendaklah kita sentiasa beringat setiap kesakitan dialami adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya kerana jika seseorang itu berjaya mengatasinya, tidak mengeluh, sentiasa bersabar sambil berikhtiar, Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar.



Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu, pantang menyerah sebelum ajal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...