Salam semanis ukhwah

Thursday, January 27, 2011

Tafsir ayat : prinsip persaudaraan islam tonggak kecemerlangan ummah

Assalamualaikum ^^

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Persaudaraan Islam antara tonggak terpenting yang menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Sejarah Islam memahatkan episod gemilang generasi Rasulullah SAW yang mengangkat martabat Islam ke mercu tertinggi pada zaman permulaannya.

`````````````````````````````````````
Masyarakat Islam berpaksikan pada prinsip persaudaraan dalam menghadapi pelbagai situasi seperti peperangan, perdamaian, penghijrahan dan perniagaan. Islam menganjurkan umat Islam membina persaudaraan sebagai mesej utama hendak disampaikan kepada umat Islam.
Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, namun ia bukan batu penghalang besar ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman dan takwa kepada Allah.

Prof Hamka menegaskan pentingnya berjemaah dalam kehidupan Muslim seperti dalam kesatuan kepemimpinan Rasulullah SAW, tiada lagi kebanggaan kabilah, tiada lagi kemuliaan Arab dengan bukan Arab, atau kulit putih atas kulit hitam, sebaliknya lebih mulia di sisi Allah yang lebih takwanya.

Selain itu, persaudaraan juga adalah satu nikmat dan anugerah Ilahi. Sebelum datangnya ajaran Islam, suku dengan suku kabilah berkelahi, dan akhirnya umat manusia disatukan di bawah naungan Islam.

Meninjau senario umat Islam kini, dapat dilihat jalinan persaudaraan begitu rapuh dan goyah hingga mudah digugah apabila badai krisis menghempas. Akibatnya, berlaku kemelut pertelagahan sesama sendiri dan perpecahan mula menjalari ke setiap ruang masyarakat Islam lantaran perbezaan pendirian atau fahaman politik.
Situasi amat menyedihkan ini sentiasa dinantikan musuh Islam yang tidak pernah berputus asa melancarkan serangan terhadap umatnya supaya lemah dan tersungkur dalam pertarungan sengit itu.

Lihat saja rentetan peristiwa demi peristiwa menyedihkan berlaku kepada umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iraq yang menyaksikan umat Islam begitu mudah ditindas dan dizalimi lantaran kepupusan rasa persaudaraan terjalin, juga longgarnya pegangan agama.

Islam mengajar satu-satunya ikatan penghubung antara umat Islam adalah ukhuwah Islamiah, bukan ikatan kesukuan, kebangsaan atau kepartian. Islam satu-satunya ikatan diwajibkan Allah dan kerana itu, menjadi kewajipan setiap Muslim meyakini mereka adalah bersaudara.

Taksub dalam agama undang bahaya

Tolak ijtihad, tak teliti ketetapan hukum secara mendalam punca ummah berpecah-belah

FANATIK dan taksub ialah sifat yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian, biasanya berkaitan dengan keagamaan. Sifat ini amat dilarang oleh Allah SWT terhadap umat terdahulu terutama bagi ahli kitab. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Wahai ahli al-kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka sesat dari jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah, ayat 77)
Yusof al-Qaradhawi dalam kitabnya, as-Sahwah al-Islamiyyah mentakrifkan sifat melampau dalam bahasa Arab dengan ‘al-ghuluw’ (melampau) dan ‘at-tasydid’ (mengetat) (lihat). Sifat itu dilarang dalam Islam kerana bertentangan dengan sifat sederhana, adil dan seimbang, manakala sifat berlapang dada atau ‘tasamuh’, hendaklah diutamakan umat Islam, lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam masyarakat majmuk bagi memelihara perpaduan antara kaum di samping dapat mempamerkan keindahan Islam sendiri.


``````````````````````````````````````````````````

Sifat fanatik kepada sesuatu pendapat sama ada pendapat sendiri atau guru atau jemaah adalah melampau, kerana ia menggambarkan kejumudan dan kebekuan fahaman seseorang yang tidak boleh melihat secara umum sesuatu isu yang dibangkitkan dalam masyarakat. Begitu juga ia menggambarkan seseorang yang tidak berkemampuan berbincang bagi membandingkan pendapatnya dengan orang lain untuk mengambil pendapat lebih baik berdasarkan dalil, hujah dan alasan terbaik. Ia adalah sifat tertutup terhadap pendapat yang berbeza dengannya dan berusaha menidakkan pendapat serta cadangan orang lain walaupun pendapat lain lebih baik.

Sifat begini memandang hanya diri atau guru atau jemaah sendiri yang betul, manakala pihak lain salah, malah dengan berani menuduh pihak lain yang berbeza pendapat sebagai jahil. Pihak yang tidak menurut pemikirannya dianggap fasik dan derhaka. Keadaan ini, seolah-olah menjadikan diri orang yang maksum (tidak melakukan kesalahan) dan percakapannya seolah-olah sabda yang diwahyukan, sedangkan semua ulama salaf dan khalaf sudah ijmak semua pendapat (perkara ijtihadi) boleh diambil dan boleh ditinggalkan kecuali sabda Rasulullah SAW.

Salah satu tanda fanatik dan taksub adalah bersifat kasar dalam pergaulan dan menggunakan kata kesat. Dalam dakwah, pendekatan keras tidak wajar digunakan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah SWT menyukai sifat lemah lembut dalam segala urusan.”

Golongan yang melampau juga akan memperlihatkan sifat berprasangka buruk kepada pihak lain. Begitu juga memandang seseorang dengan pandangan sinis, menyembunyikan kebaikan mereka dan pada masa sama memperbesarkan kesilapan orang lain. Mereka lebih banyak menuduh dan menghukum daripada memberi nasihat dan pengajaran.
Antara tanda sifat fanatik dan taksub dalam agama adalah pihak mengkafirkan pihak lain kecuali mereka yang berpegang dengan prinsip sama atau menganggotai jemaah mereka. Gejala ini sangat berbahaya kepada masyarakat kerana membawa kepada perbuatan menghalalkan darah dan harta pihak lain. Pada pandangan mereka, golongan terbabit murtad dan kufur. Pengikut ini disifatkan penulis Islam kini sebagai golongan khawarij pada zaman awal Islam. Penyakit ini wujud bukan kerana penghidapnya (iaitu golongan fanatik) tidak ikhlas, tetapi ada kecacatan pada kefahaman mereka (iaitu mengenai tuntutan agama yang sebenar).

Satu lagi tanda ketaksuban mereka adalah sifat memilih pendekatan militan dan kekerasan iaitu cuba mengubah kemungkaran dengan menggunakan senjata.

Bagi golongan terlalu fanatik dan taksub, Islam yang difahami mereka agak samar serta jumud dalam berfikir, mendatar dalam memahami sesuatu. Pemikiran mereka hanya memberi tafsiran sempit terhadap Islam. Fenomena begini menyebabkan berlaku jumud dalam pemikiran dan terpinggirnya tajdid dan ijtihad dalam menetapkan sesuatu hukum.

Mereka hanya tahu menyatakan haram dan bidaah, tetapi tidak mampu berijtihad dan meneliti ketetapan hukum secara mendalam.

Fenomena ini dinamakan sebagai aliran zahiriyyah baru. Mereka hanya sibuk soal remeh dan mencari pandangan keras (syadid) dalam fatwa. Semua ini berlaku kerana pemimpin dan guru mereka mempunyai kefahaman cetek dalam agama dan mereka tidak mahu mengiktiraf pandangan orang lain, sedangkan perbezaan pendapat adalah satu rahmat agar kita tidak terkongkong dalam satu pandangan walaupun dalam keadaan berbeza.

Kesepaduan ilmu naqli, sains makmurkan alam sejagat



MAJU atau mundurnya sesebuah masyarakat dan bangsa pada masa kini banyak ditentukan oleh sikap mereka terhadap tuntutan mencari ilmu, serta keupayaan mereka menguasainya dan memanfaatkannya dengan sempurna serta berketerampilan.

Dalam Islam semua ilmu bersumber daripada Allah SWT. Ia bermatlamat untuk melahirkan manusia beriman dan mentauhidkan Allah, sama ada secara langsung atau tidak. Jika disoroti sejarah keintelektualisme Islam, tokoh ilmunya terdiri daripada orang yang menguasai ilmu agama dan juga ilmu alam serta kemasyarakatan.


```````````````````````````````````````````````````
Dalam Islam, ilmu naqli menduduki taraf fardu Ain yang wajib dipelajari oleh semua umat Islam. Ia mengandungi ajaran mengenai akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Semuanya tidak dapat dicapai melainkan melalui wahyu Allah SWT yang disampaikan Rasulullah SAW.
Kebenaran yang terkandung di dalamnya pula bersifat mutlak, paling tinggi serta di luar keupayaan fikiran dan pancaindera manusia. Dalam erti kata lain, keautoritiannya tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

Ilmu inilah yang mengisi keperluan rohani manusia dengan tepat dan secukupnya di samping memberikan panduan yang bernilai abadi dan sejagat untuk kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ketatanegaraan. Ilmu ini membawa manusia mengenali tanda kekuasaan Allah dan sunnah Rasul untuk membolehkan manusia berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di dunia dengan sebaik-baiknya.

Bagaimanapun, untuk kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat, penguasaan ilmu naqli atau ilmu agama saja tidak mencukupi meskipun ia adalah ilmu yang paling tinggi dalam Islam. Manusia memerlukan pengetahuan terperinci mengenai alam fizikal, kemanusiaan dan kemasyarakatan, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangun dirinya, alam sekitarnya dan masyarakat sesuai dengan tuntutan akidah tauhid dan syariat Allah SWT.

Oleh demikian, ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai ilmu aqli perlu dipelajari dan dikembangkan sebagai pelengkap kepada ilmu agama. Kedua-dua tidak wajar dipisahkan.
Di negara kita, usaha untuk melaksanakan konsep ilmu bersepadu amat jelas. Bagi mencapai dan menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, Kementerian Pelajaran menggubal semua kurikulum sekolah menengah yang kini dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pada peringkat universiti pula, setiap pelajar diwajibkan mengambil kursus tamadun Islam.

Usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berkemahiran dalam bidang agama dan bukan agama lebih jelas lagi, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghuraikan konsep pembangunan dan status negara maju dalam Wawasan 2020, menekankan pembangunan yang menyeluruh meliputi ekonomi, politik, sosial, rohani, jiwa dan budaya. Malaysia akan dibangunkan menjadi sebuah negara maju bertaraf dunia, tetapi model dan acuannya adalah berbeza.
Malaysia akan dibangunkan mengikut acuan Malaysia. Acuan ini sesuai dengan perspektif agama, dan Islam khasnya menekankan pembangunan bersepadu meliputi rohani dan jasmani.

Segala usaha yang dilakukan ini, adalah semata-mata untuk melahirkan produk yang mempunyai pandangan semesta dan nilai yang bersepadu antara agama dan bukan agama. Secara tidak langsung usaha ini juga dapat menghapus dualisme dalam pemikiran yang banyak menimbulkan masalah serta menjejaskan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri yang sepadu.

Sesungguhnya konsep kesepaduan ilmu berteraskan Islam ini saja yang dapat menyelesaikan masalah dualisme dalam sistem pendidikan, supaya tidak wujud lagi pemisahan antara aliran ilmu agama (al-Naql) dan ilmu sains (al-‘Aql). Dengan adanya konsep kesepaduan ilmu ini kita akan dapat mencapai matlamat untuk menyatupadukan umat seluruhnya.

Wednesday, January 26, 2011

LUAR NEGARA

Dunia akhir zaman

Ibu tembak mati tiga anak sebelum bunuh diri

AUSTIN: Seorang wanita dari selatan Indiana menembak tiga anaknya dan anjing peliharaan mereka sebelum membakar kediaman keluarga itu dan menembak dirinya sendiri, kata pegawai penyiasat, semalam.

Polis percaya Amanda Bennet, 30, melakukan tiga pembunuhan itu di kediaman keluarganya di Austin di wilayah Scott dengan menembak mati tiga anaknya sebelum menembak kepalanya sendiri.


Mayat Amanda dan tiga anaknya iaitu Jasmine Abbot, 14, Katelynn Bennett , 9, dan Ryan Bennett yang berusia empat tahun ditemui di rumah yang separuh terbakar selepas saudara yang dilanda kebimbangan meminta polis memeriksa keadaan keluarga itu.

Anggota polis, Sarjan Jerry Goodin berkata dalam satu kenyataan bahawa kejadian itu adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri yang tragik yang telah meragut tiga nyawa tidak berdosa.

Khasiat Buah limau




``````````````````````

Assalamualaikum,

Sebenarnya banyak khasiat buah limau yang perlu kita semua ketahui iaitu buah limau boleh membuat akal fikiran seseorang itu mudah untuk menghafal, mengingat dan juga mempunyai vitamin c. Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Pelik

Lingkaran misteri disiasat
````````````````````````PENIAGA tempatan menjual gambar lingkaran misteri yang wujud di kawasan sawah di  Yogyakarta, semalam.
PENIAGA tempatan menjual gambar lingkaran misteri yang wujud di kawasan sawah di Yogyakarta, semalam.

Penduduk gempar fenomena dikait dengan makhluk asing

JAKARTA: Fenomena penemuan crop circle atau lingkaran misteri di kawasan sawah padi di wilayah Berbah, Sleman menarik perhatian penyelidik pelbagai agensi di Indonesia. Dua institusi berkenaan adalah masing-masing Badan Tenaga Atom Nasional (Batan) dan Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan) yang menghantar pasukan masing-masing ke lokasi.

Selain Lapan dan Batan, pasukan Bapeten (Badan Pengawasan Tenaga Nuklear) turut berada di lokasi. Mereka menyiasat jika berlaku radiasi di sekitar lokasi lingkaran terbabit.

Lokasi yang menempatkan penemuan fenomena misteri berkenaan semakin mendapat perhatian dengan kehadiran orang ramai yang turut menjadikan jalan menuju ke lokasi terbabit sesak.
Penduduk juga cuba menaiki Gunung Suru untuk mendapatkan pandangan lebih jelas lingkaran terbabit dari bahagian atas. Malah bukit setinggi 25-30 meter di utara lokasi dipasang tali untuk memudahkan pengguna.

Bagaimanapun Moedji Raharto, penyelidik Kelompok Kajian Astronomi ITB berpendapat lingkaran terbabit mungkin akibat fenomena alam daripada angin kencang atau hujan yang membentuk perkara terbabit.

“Secara logik, kehadiran makhluk asing tidak semudah difikirkan. Kita di bumi pernah melakukan satu kajian CETI (Communication Extra-Terrestrial Intelligence) selama puluhan tahun tetapi tidak menemui apa-apa.

“Jika memang ada makhluk asing yang melakukan penerbangan, ia sepatutnya melakukan komunikasi, membangun komunikasi yang hebat,” katanya dalam temubual dengan akhbar Republika, semalam.
Katanya di Indonesia sendiri banyak berlaku apa yang didakwa sebagai fenomena UFO tetapi tidak ada sesuatu yang dapat diyakinkan secara ilmiah. – Agensi

Dunia akhir zaman



Gejala sosial kronik
`````````````````
623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu

KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.

Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara.

Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23).

“Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya.

“Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit.
“Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Seramai lima orang menerima sijil warga negara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu.

Emak tikam bayi sendiri baru lahir


Dunia akhir zaman;


`````````````````ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi yang disyaki dibunuh  ibunya di Batu 4, Kampong Jawa, Klang, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi yang disyaki dibunuh ibunya di Batu 4, Kampong Jawa, Klang, semalam.


SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dipercayai ditikam sehingga mati oleh ibunya sebelum mayatnya ditemui dalam tandas sebuah rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa, di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui pada jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis selepas menerima panggilan daripada jiran yang curiga dengan kelakuan wanita itu yang mengurung dirinya di dalam rumah.

Siasatan mendapati ibu kepada bayi itu berumur 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar, melahirkan bayi berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata ketika polis tiba di rumah berkenaan, bayi yang sudah meninggal dunia itu ditemui terbaring di atas pelapik plastik dengan kesan tikaman di badan.

Beliau berkata, wanita itu berseorangan di rumah yang disewa bersama tiga penghuni lain.

“Polis menemui satu senjata tajam di tempat kejadian bagi membantu siasatan. Wanita terbabit dan mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Hasil siasatan polis mendapati suami wanita itu sedang menjalani hukuman penjara sejak tiga tahun lalu dan suspek turut mempunyai seorang anak berusia tiga tahun setengah.
Adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal selang satu pintu dari rumah kakaknya mendakwa ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak tahu apa berlaku di rumah kakaknya.

“Saya hanya tahu kejadian ini selepas polis datang dan ketuk pintu rumah kakak. Saya tak tahu apa yang berlaku. Malah ketika kejadian, anaknya sedang bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Jiran suspek, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa sempat melihat wanita terbabit dan ternampak kain wanita itu dipenuhi darah.

“Saya tidak tahu apa berlaku, tetapi saya syak dia baru melahirkan anak. Dia juga ada keluar rumah sebelum masuk dan mengunci pintu.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis sebelum dua kereta polis tiba," katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Buku serlah ketokohan Wanita islam

``````````````````

KISAH al-Quran ada yang bersifat umum dan ada bersifat khusus terutama membabitkan kisah nabi dan rasul. Banyak juga buku yang dihasilkan serta diterbitkan mengenai mereka yang diceritakan dalam al-Quran.

Namun, tidak banyak buku kisah wanita diselitkan dalam al-Quran yang diceritakan semula dan jika ada, watak mereka sering menjadi tempelan kepada nama besar sebagai mereka yang turut serta pada peristiwa bersejarah itu.
Siri buku Kisah Wanita Dalam al-Quran terbitan Jasmin Publications memperkenalkan nama yang sudah terkenal dalam kalangan umat Islam dan penceritaan mengimbau sejarah mereka tersendiri serta sumbangan mereka hingga nama terus menjadi sebutan.
Buku pertama mengetengahkan Siti Sarah dan Siti Hajar, dua nama wanita syurgawi isteri kepada Nabi Allah Ibrahim.

Mungkin ramai yang tahu hanya sebahagian kisah mereka dan bagi mengetahui kisah selanjutnya seperti dirakam dalam al-Quran, maklumat daripada penulis buku ini, Ahmad Jadd akan memberi perspektif lebih meluas.

Begitu juga siri kedua yang meletakkan nama Asiyah, Balqis dan Zulaikha. Masing-masing mempunyai kisah yang menarik untuk dibaca serta tersirat pengajaran bermakna terutama kepada wanita menghadapi cabaran hidup masa kini.

Siri tiga khusus kepada Maryam dan Aisyah, wanita dikurniakan kelebihan oleh Allah untuk melahirkan anak tanpa pasangan hidup sementara si kecil berusia sembilan tahun dijodohkan Allah dengan Nabi yang memimpin umat seluruh alam.
Akhir sekali, kisah Zainab Jahsy, isteri rasul yang mudah memberi; Ummu Khulthum yang berhijrah demi menyelamatkan agama dan Khaulah Tha’labah yang diziharkan suaminya.

Selain sumbangan terhadap perjuangan insan di samping mereka, wanita yang ditampilkan dalam kisah ini mengajak pembaca mengambil iktibar supaya dapat menjalani kehidupan seharian berpandukan syariat.

Sesuai untuk bacaan serta rujukan, boleh dijadikan hadiah suami kepada isteri, ibu kepada anak perempuan, kakak kepada adik atau berkongsi dengan sahabat. Ia juga sebahagian daripada penulisan tafsiran al-Quran melalui penceritaan sejarah yang menarik.

Saturday, January 22, 2011

Makruh puasa sunat jumaat kecuali diiringi sehari sebelum, selepas




Hukum mengkhususkan puasa Jumaat dengan tidak menyertakan puasa itu pada hari Khamis atau tidak melanjutkan dengan hari Sabtu adalah makruh.

Ulama menyatakan antara sebab dimakruhkan puasa pada Hari Jumaat kerana hari Jumaat dianggap Hari Eid (Hari Raya) menurut hukum syarak. Sedangkan hikmah larangan berpuasa daripada khusus puasa hari Jumaat, supaya tidak menjadi lemah pada hari berkenaan untuk melaksanakan ibadat.

Kepada saudara yang bertanya, makruh mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat adalah sebagai mana yang disebut dalam Syarhul ‘Allamah Ahmad ibnu Hajar al-Haitami atas Mukhtasar al-Faqih Abdullah Bafadlal al-Hadrami pada Hamisy al-Hawasyil Madaniyyah juzuk 2, halaman 132 iaitu bermaksud: “Dan dimakruhkan (puasa hari) Jumaat kerana sah daripada larangan Nabi SAW berpuasa kecuali bahawa ia berpuasa satu hari sebelum atau satu hari sesudahnya dan agar kuat dengan tidak berpuasa untuk melakukan tugas-tugas keagamaan.

Adapun nas hadis yang berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Abbad bin Ja’far, beliau berkata yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang Nabi Muhammad SAW dari berpuasa pada hari Jumaat? Beliau menjawab: Ya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dan diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya. (Riwayat al-Jamaah kecuali an-Nasa’i).
Diriwayatkan daripada Juwairiah yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepadanya di hari Jumaat sedang Juwairiah tengah berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Jawab beliau: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Jawabnya: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyebut: “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari puasamu, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.”

Kepada saudara yang bertanya, dalam Syarah Muslim ada menyebut (yang bermaksud): “Berkata kalangan ulama: “Dan hikmah atau rahsia yang terkandung dalam larangan atau tegahan ialah kerana hari Jumaat itu adalah hari berdoa, berzikir dan ibadat, daripada mandi, berpagi-pagi menuju (masjid untuk) solat, menunggunya, mendengar khutbah, membanyakkan zikir sesudahnya, dan ibadat lain yang selain daripada yang disebutkan tadi pada hari itu.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Maka apabila sudah ditunaikan solat, maka bertebarlah kamu di muka bumi dan carilah daripada kurniaan Allah, dan berzikirlah (ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya.” (Surah Jum’ah ayat 10)

Justeru, maka disunatkan untuk tidak berpuasa pada ketika itu, agar dapat membantu untuk melaksanakan tugas berkenaan dengan lebih giat dan mudah tanpa jemu. Bandingannya sebagai mana mengerjakan haji pada Hari Arafah, maka sunat baginya berbuka.” Wallahua’lam.

Akibat kecuaian

2 Hospital kena bayar RM 870,000



Pasangan suami isteri terima pampasan atas kecuaian perubatan 10 tahun lalu

MUAR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan dua hospital kerajaan membayar sejumlah RM870,000 kepada pasangan Zainab Sam, 45, dan suaminya Rosli Mohd Amin, 53, akibat kes kecuaian perubatan, kira-kira 10 tahun lalu.

Saman itu dikemukakan berikutan kes kecuaian perubatan yang dilakukan Hospital Segamat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ketika Zainab melahirkan anaknya, Ahmad Alif Iqmal Rosli, 10, pada 2000.

Pasangan suami isteri itu hadir di mahkamah apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ummi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu.

Terdahulu, plaintif memfailkan satu writ saman terhadap Hospital Segamat, HPSF dan Kerajaan Malaysia selepas anak yang dilahirkannya menderita lumpuh pada bahagian kiri badan dan kerosakan otak disebabkan kecuaian kakitangan perubatan.

Berdasarkan writ saman pada 12 Ogos 2003 yang dikemukakan peguam G Subramaniam Nair, Zainab yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ketika sedang hamil.

Sebelum melahirkan anak, Zainab meminta pihak hospital melakukan pembedahan secara caesarean berikutan anak dalam kandungannya besar. Namun, permintaannya ditolak kerana Zainab perlu bersalin secara normal berikutan beliau menghidap penyakit kencing manis.
Bagaimanapun, ketika sedang bersalin, Zainab menghadapi komplikasi apabila beliau tidak mampu meneran keluar anaknya. Ini menyebabkan kakitangan perubatan yang bertugas cuba menyelamatkan anaknya dengan cara menarik kepala bayi berkenaan serta menekan perutnya bagi membolehkan bayi itu itu lahir dengan selamat.

Akhirnya, Zainab berjaya melahirkan bayi seberat 5.28 kilogram. Namun, bayi dilahirkan itu mengalami masalah kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan oksigen sebelum dikejarkan ke HPSF dengan ambulans.

Dalam perjalanan ke HPSF, bekalan oksigen kehabisan sebelum sempat tiba di hospital. Manakala bekalan oksigen yang ada dalam ambulans pula gagal berfungsi.

Berikutan insiden itu, anaknya terpaksa ditahan di dalam inkubator selama 30 hari dan diberi makan melalui tiub yang dipasang pada mulut.

Zainab dan suaminya bersyukur kerana sekurang-kurangnya beliau berjaya menuntut pembelaan ke atas anaknya yang kini hanya mampu duduk di kerusi roda.

“Saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada peguam kami dan adiknya, Visvanathan Nair serta rakan kongsinya, Ebrina Zuber kerana bersama-sama membantu membela nasib anak saya sehingga berjaya,” katanya.

Kecemerlangan ummah tuntut transformasi diri



MENJADI umat cemerlang adalah tuntutan dalam Islam. Justeru, umat Islam perlu melakukan transformasi ke arah mencapai kecemerlangan dari segi akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan. Malah, pelaksanaan kerja dan hasil kerja dilakukan yang cemerlang lebih bermakna. Penilaian kecemerlangan bukan titik noktah tetapi tonggak untuk meningkatkan kecemerlangan.

Umat Islam bukan hanya berfungsi pada ibadat khusus semata-mata tetapi peranan lebih luas daripada itu ialah sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Menurut al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniah, antara tugas khalifah adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir hal ehwal dunia. Ini bermakna kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi perlu dijana serentak. Firman Allah yang bermaksud: “Ada antara manusia yang berdoa: Wahai Tuhan Kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia. (Orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat). Dan antara mereka pula ada yang berdoa: Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitungan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 200-202) Persoalan besar timbul, mengapa segelintir umat Islam tidak mahu berubah menjadi cemerlang walaupun berpeluang melakukannya. Apa yang jelas, sikap lalai, cuai, alpa dan suka menangguhkan sesuatu usaha serta tidak menggunakan potensi diri menjadi punca peluang itu terlepas begitu saja. Kecemerlangan Muslim berkait rapat dengan transformasi diri, penyediaan perancangan masa depan yang kemas serta teliti dan strategik. Kebijaksanaan melakukan perubahan membantu Muslim merancang masa depan sesuai perubahan masa serta mampu mengurangkan kegagalan. Perhatikan manusia yang cemerlang, mereka tidak pernah memperkatakan mengenai kegagalan, sentiasa merancang kegiatan mendorong ke arah mencapai cita-cita, sentiasa memanfaatkan waktu dan menghargai masa. Umat Islam sebagai umat teras, menuntut kebijaksanaan tinggi dalam menyusun kehidupan. Harus diingat usaha mencapai kecemerlangan memerlukan satu perubahan atau tajdid yang mampu membebaskan umat Islam daripada belenggu kebekuan bersifat tradisi. Dalam melakukan transformasi diri ke arah kecemerlangan, ia memerlukan individu mempunyai jiwa kental. Mereka ini memiliki kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat kelemahan. Prinsip ini mampu membentuk individu serta masyarakat cemerlang, melahirkan negara bangsa yang mampu bangkit, bersemangat waja dan mempunyai jati diri yang murni lagi kukuh. Kecemerlangan jika dihala kepada kebaikan akan membawa keuntungan. Namun, jika dihalakan kepada kejahatan, maka integriti dan akauntabiliti akan tercalar. Renungilah pesanan Rasulullah SAW daripada Jabir mengenai kesungguhan iblis yang sentiasa berprestasi cemerlang untuk menyesatkan manusia dalam sabdanya yang bermaksud: “Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Hadith riwayat Muslim) Lantaran itu, setiap kita yang memegang tanggungjawab perlu meletakkan tanda aras prestasi cemerlang memainkan peranan masing-masing. Sebagai pemimpin, perlu meletakkan indeks kemantapan akidah, akhlak, ekonomi, sosial dan pembangunan negara selari dengan pemerkasaan rohani (spiritual) modal insan supaya kegemilangan tamadun Islam dapat diulangi. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu meletakkan indeks keharmonian rumah tangga ibarat ‘syurga’ iaitu tempat penuh ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan yang dapat menghindari ahli keluarga daripada gejala rosak akhlak. Sebagai Muslim kita perlu meletakkan indeks peningkatan jati diri muslim berkualiti, berpotensi besar, profesional, berdaya tahan serta sentiasa menuju ke arah kemajuan agama dan ummah. Justeru, marilah bersama melakukan transformasi diri dengan mengubah kebiasaan negatif yang selama ini menjadi rutin kehidupan, mengubah pemikiran ke arah lebih kreatif dan inovatif supaya senafas dengan peredaran zaman. Jadikan transformasi diri sebagai batu asas membina tamadun bangsa beretika dan bermaruah. Jadikanlah keyakinan diri sebagai pegangan hidup, dorongan sebagai teman setia, putus asa di anggap musuh durjana dan jadikanlah usaha tangga kejayaan.

Ada ganjaran bagi umat sabar, reda ditimpa penyakit




Setiap musibah terselindung nikmat serta menyedarkan manusia kelemahan diri sendiri

APABILA seseorang ditimpa penyakit yang pastinya akan menyebabkan dia merasa tidak selesa, lemah dan hilang selera makan, ramai yang mengeluh mengenangkan nasib. Tidak ramai memandang penyakit sebagai satu nikmat serta anugerah Allah kepada hamba-NYA.

Sebagai mukmin sejati, seseorang itu tidak hanya merasa gembira dan bersyukur kepada Allah ketika dikurniakan kesenangan dalam kehidupannya, dia juga reda serta bersabar saat ditimpa musibah termasuk penyakit.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sifat sabar ketika ditimpa penyakit antara ciri golongan yang ber-iman dan kesabaran itu akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran baik daripada Allah antaranya penghapusan dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu.

Abu Hurairah pernah bersama Rasulullah SAW menziarahi seorang yang menderita penyakit demam. Rasulullah bersabda kepada pesakit itu yang bermaksud: “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla pernah berfirman: Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini supaya dia dapat selamat dari api neraka pada hari akhirat nanti.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ujian sering menyedarkan manusia terhadap kelalaian mereka selain menjadi bukti lemahnya diri kerana tidak mampu mengelak penyakit dikurniakan Allah. Ada ketikanya, sakit mengingatkan kita akan dosa dilakukan kerana ujian Allah juga disebabkan kesilapan dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu).” (Surah Asy-Syura, ayat 30)

Ketika sakit, tubuh badan menjadi lemah dan ada kalanya menyebabkan terhalang daripada melakukan amal ibadat. Namun, antara keistimewaan diberikan Allah kepada mereka yang sedang sakit, mereka tetap menerima ganjaran pahala bagi amalan biasa dilakukan ketika sihat.

Contohnya, seseorang yang konsisten mengerjakan solat tahajud tetapi terhalang mengerjakannya kerana kesihatannya terganggu, dia tetap menerima pahala solat tahajud itu sepanjang tempoh dia sedang sakit.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam perjalanan (musafir), maka akan dicatat baginya pahala perbuatannya seperti yang dia kerjakan ketika mukim dan dalam keadaan sihat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Demikianlah beberapa ganjaran Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang sakit. Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Syifa al-‘Alil Masa’al al-Qadha’ wa al-Qadr wa al-Hikmah wa at-Ta’lil, mengkaji keistimewaan bagi mereka yang sakit dan mendapati ada lebih seratus faedah dapat mereka kecapi.

Oleh itu, tidak hairanlah jika sesetengah generasi salaf melihat ditimpa musibah seperti sakit sebagai satu nikmat menggembirakan seperti gembiranya umat zaman ini ketika mendapat kemewahan hidup.

Wahab Munabih berkata: “Sesungguhnya umat sebelum kamu, apabila salah seorang di antara mereka tertimpa bala, dia menganggapnya sebagai kemewahan dan apabila dia mendapat kemewahan, dia menganggapnya sebagai bala.”

Semoga pendedahan ini dapat menjadi penawar hati bagi mereka yang sedang berduka kerana penyakit menimpa mereka. Kini jelas bagi semua bahawa penderitaan sedang dialami sebenarnya ada nikmat serta anugerah besar pemberian Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Nabi, Rasul diutus bimbing umat dunia


RASULULLAH SAW Bersabda yang bermaksud: “Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh nabi. Setiap kali meninggal seorang nabi akan diganti pula seorang nabi yang berikutnya.

“Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu.

Baginda bersabda lagi: Lakukanlah baiah yang pertama dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Allah tidak akan membiarkan umatnya hidup di dunia tanpa bimbingan daripada nabi dan rasul. Nabi dibangkitkan mengikut giliran ditetapkan Allah kepada kaum tertentu.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir diutuskan untuk seluruh umat. Umat Islam hendaklah taat dan setia kepada pemerintah yang dilantik selagi pemerintahan itu tidak bertentangan dengan syiar Islam.

Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit




KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.

Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

Pertubuhan Jantung Amerika Syarikat menyarankan, semua kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.

Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.

Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.

Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)

Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Thursday, January 20, 2011

Takwa, ingat mati jadikan Muslim istiqamah jalani kehidupan


insyallah.........^^



FIRMAN Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Surah Ali Imran, ayat 102) Ibnu ‘Abbas menyatakan orang bertakwa adalah mereka yang sentiasa mengingati seksaan Allah apabila meninggalkan perintah-Nya, oleh itu mereka akan melaksanakan perintah itu dengan penuh kepatuhan dan mengharapkan keredaan Allah.

Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab pengertian takwa. Lantas Ubay mengajukan soalan kepada Umar kembali dengan berkata: Pernahkah tuan melalui jalan penuh berduri? Jawab Umar: Tidak pernah.

Ubay memberikan penjelasan: Sudah tentu kita mengelak daripada terpijak duri apabila kita melalui jalan itu. Begitulah makna takwa, kita mengelakkan diri dari melampaui batasan Allah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Bertakwalah kamu di mana saja kamu berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.” (Hadis riwayat Tirmizi) Tafsiran takwa Saidina Ali Abi Talib ialah takutkan Allah semata-mata, beramal serta beristiqamah dengan segala perintah-Nya, reda dan merasa cukup dengan keadaan sedikit serta bersiap sedia setiap masa menghadapi kematian. Dapat disimpulkan takwa adalah pemantapan akidah yang ikhlas kepada Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebut kalimah tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.” Kemudian Baginda SAW ditanya: “Apa maksud ikhlas itu? Lantas Baginda SAW menjawab: Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.” (Hadis riwayat Tabarani) Sifat takwa sering dikaitkan sebagai sifat mukmin berjaya dan berbahagia di akhirat. Keimanan Muslim yang jitu terhadap Allah membentuk peribadi Rabbani dan terpelihara hala tuju hidupnya. Orang beriman sebenarnya tidak sabar menghuni alam syurga yang penuh kenikmatan. Oleh itu, antara pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya dalam menelusuri titian hidup ialah sentiasa mengingati mati. Pesanan itu bukan bertujuan meninggalkan terus urusan keduniaan kerana Islam menyeru umatnya membangun akhirat seimbang dengan pembangunan duniawi. Membangun keduniaan dengan bermodalkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah sebenarnya dituntut Islam. Sesiapa yang sentiasa mengingati mati dianggap sebagai orang paling bijaksana dalam kalangan orang mukmin. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang paling bijaksana dalam kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi) Dalam hadis lain, Rasulullah SAW turut menggalakkan umatnya memperbanyakkan mengingati mati: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Hadis riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi) Muslim yang mengingati mati sentiasa menginsafi dirinya dan menyedari Allah Maha Memerhati serta Mengawasi setiap gerak gerinya sama ada pada waktu terang mahupun sunyi. Mengingati mati mengurangkan panjang angan-angannya, menjauhkan fitnah dunia dan membersihkan hati dari sifat sombong dan tamak. Seterusnya, mengingati mati dapat menjadikan seseorang Muslim itu mempunyai wawasan hidup duniawi dan ukhrawi yang jelas, mempunyai semangat waja dan beristiqamah menelusuri titian hidup penuh pancaroba dengan sentiasa bergantung harap kepada Allah.

Wednesday, January 19, 2011

Selami kisah ulama terbilang


subhanallah............^_^

EMPAT imam besar yang terkenal ialah Imam Hanbali, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Malik kerana ilmu mereka yang mendalam mengenai hukum hakam agama meliputi pelbagai aspek kehidupan. Buku Imam Syafie Pejuang Kebenaran dan Imam Hanafi Pendebat Kebenaran karya Abdul Latip Talib, menceritakan kisah hidup kedua-dua imam serta perjuangan mereka menegakkan kebenaran. Ternyata banyak pengajaran boleh digarap daripada keperibadian ulama terkemuka ini kerana mereka bebas, tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi kepada sesiapa. Perbezaan pendapat antara mereka juga hanya berkisar dalam masalah furuk atau cabang hukum berhubung urusan muamalat atau yang berkait kepentingan masyarakat. Mereka tidak berselisih dalam urusan pokok agama kerana tetap berpegang kepada al-Quran, hadis dan sunnah Rasulullah. Mereka juga tidak memaksa pengikut bertaklid kepada mazhab masing-masing tanpa menyelidik nas yang diambil bagi merumuskan sesuatu fatwa atau masalah. Imam Syafie yang dibesarkan dalam serba kekurangan dengan berkat kegigihan menjadi tenaga pengajar malah mampu memberi fatwa di Masjid al-Haram ketika usia 15 tahun. Kecerdikan serta kegigihannya yang luar biasa, mendapat sanjungan orang ramai. Imam Abu Hanifah yang nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit digelar Abu Hanifah kerana mempunyai anak bernama Hanifah. Ada mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana saja beliau pergi lalu digelar Hanifah yang bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Bagi yang ingin menjejaki kisah ulama terbilang ini, buku Imam Syafie Pejuang Kebenaran dan Imam Hanafi Pendebat Kebenaran akan membawa pembaca mengembara serta melalui pengalaman menarik sepanjang pembacaan.

Dunia akhir zaman


Sindiket jual bayi ada rangkaian besar



KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi terbesar yang dilumpuhkan minggu lalu dipercayai mempunyai rangkaian di luar negara sehingga membolehkan kumpulan itu mendapat pelanggan di beberapa negara terutama Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti saiz sebenar operasi sindiket terbabit yang berpusat di Lembah Klang, Sarawak dan Johor, termasuk mengesan saki baki anggota mereka.
“Berikutan itu, tempoh siasatan akan dilanjutkan sehingga tiga bulan lagi bagi membanteras kegiatan ini hingga ke akar umbi. Kita sedang berhubung dengan pihak berkuasa di beberapa negara jiran bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

“Kita percaya kegiatan dilakukan secara terancang, Usaha paling penting kini untuk mengenal pasti saiz sebenar operasi sindiket itu,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. Sabtu lalu, Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) D7 JSJ Bukit Aman, menahan lapan anggota sindiket terbabit, termasuk empat warga asing berusia antara 20 hingga 50 tahun, masing-masing di sebuah klinik swasta dan rumah kediaman di Selayang serta Subang Jaya hasil maklumat risikan. Turut diselamatkan tiga bayi berusia antara lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk diperdagangkan dengan harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada kesihatan dan paras rupa. Beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000 dipercayai pendahuluan pembelian bayi turut dirampas dalam serbuan itu. Semua lapan suspek ditahan reman sehingga 22 Januari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Sehingga kini, 30 suspek berjaya ditahan sejak operasi membanteras kegiatan penjualan bayi dilancarkan besar-besaran sejak pertengahan tahun lalu di Sarawak dan sekitar ibu negara, dengan 22 bayi berjaya diselamatkan. Mohd Bakri berkata, dalam serbuan terbaru itu pihaknya juga berjaya menyelamatkan dua wanita warga negara asing yang sarat mengandung dan seorang wanita tempatan dipercayai ibu salah seorang bayi yang diselamatkan di klinik swasta terbabit. “Kita percaya klinik itu sudah memperdagangkan sembilan bayi tidak termasuk tiga bayi yang berjaya selamatkan. Semua mereka (bayi dan ibu) yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan penjagaan rapi,” katanya. Mohd Bakri berkata, pihaknya juga masih menyiasat sama ada ibu kandung bayi yang diperdagangkan itu menyerahkan bayi mereka secara sukarela atau dipaksa.

Saturday, January 15, 2011

LUAR NEGARA



Ketua projek bina masjid di Park51 letak jawatan


NEW YORK: Imam dan isterinya yang bertanggungjawab terhadap pelan kontroversi membina pusat kebudayaan Islam dan masjid berdekatan kawasan serangan 11 September di New York meletakkan jawatan sebagai ketua projek itu, kata pusat berkenaan kelmarin. Iman itu, Feisal Abdul Rauf dan isterinya, Daisy Khan menjadi tumpuan apabila mereka mengumumkan pembinaan pusat itu di lokasi sensitif dan seterusnya mencetuskan tentangan sejak tahun lalu.

Pusat yang dicadangkan itu setinggi 13 tingkat bernilai AS$100 juta (RM305 juta) dikenali sebagai Park51 hanya terletak dua blok dari kawasan Ground Zero, lokasi serangan pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia dan kematian hampir 3,000 orang.
Imam Feisal dan Daisy Khan tidak lagi bercakap mewakili Park51 atau mengutip dana untuk projek ini, kata Park51 dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, Feisal masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah pusat itu. Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk berceramah bagi membetulkan salah tanggapan terhadap tujuannya dan Islam secara amnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...