Ketua projek bina masjid di Park51 letak jawatan
Pusat yang dicadangkan itu setinggi 13 tingkat bernilai AS$100 juta (RM305 juta) dikenali sebagai Park51 hanya terletak dua blok dari kawasan Ground Zero, lokasi serangan pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia dan kematian hampir 3,000 orang.Imam Feisal dan Daisy Khan tidak lagi bercakap mewakili Park51 atau mengutip dana untuk projek ini, kata Park51 dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, Feisal masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah pusat itu. Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk berceramah bagi membetulkan salah tanggapan terhadap tujuannya dan Islam secara amnya.
No comments:
Post a Comment