Lingkaran misteri disiasat
````````````````````````
PENIAGA tempatan menjual gambar lingkaran misteri yang wujud di kawasan sawah di Yogyakarta, semalam.
Penduduk gempar fenomena dikait dengan makhluk asing
JAKARTA: Fenomena penemuan crop circle atau lingkaran misteri di kawasan sawah padi di wilayah Berbah, Sleman menarik perhatian penyelidik pelbagai agensi di Indonesia. Dua institusi berkenaan adalah masing-masing Badan Tenaga Atom Nasional (Batan) dan Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan) yang menghantar pasukan masing-masing ke lokasi.
Selain Lapan dan Batan, pasukan Bapeten (Badan Pengawasan Tenaga Nuklear) turut berada di lokasi. Mereka menyiasat jika berlaku radiasi di sekitar lokasi lingkaran terbabit.

Lokasi yang menempatkan penemuan fenomena misteri berkenaan semakin mendapat perhatian dengan kehadiran orang ramai yang turut menjadikan jalan menuju ke lokasi terbabit sesak.Penduduk juga cuba menaiki Gunung Suru untuk mendapatkan pandangan lebih jelas lingkaran terbabit dari bahagian atas. Malah bukit setinggi 25-30 meter di utara lokasi dipasang tali untuk memudahkan pengguna.
Bagaimanapun Moedji Raharto, penyelidik Kelompok Kajian Astronomi ITB berpendapat lingkaran terbabit mungkin akibat fenomena alam daripada angin kencang atau hujan yang membentuk perkara terbabit.
“Secara logik, kehadiran makhluk asing tidak semudah difikirkan. Kita di bumi pernah melakukan satu kajian CETI (Communication Extra-Terrestrial Intelligence) selama puluhan tahun tetapi tidak menemui apa-apa.
“Jika memang ada makhluk asing yang melakukan penerbangan, ia sepatutnya melakukan komunikasi, membangun komunikasi yang hebat,” katanya dalam temubual dengan akhbar Republika, semalam.
Katanya di Indonesia sendiri banyak berlaku apa yang didakwa sebagai fenomena UFO tetapi tidak ada sesuatu yang dapat diyakinkan secara ilmiah. – Agensi

No comments:
Post a Comment