Diharapkan keadaan jalan di johor ini akan bertambah baik dengan projek naik taraf jalan segamat-muar
bh: 14/1/2011
LABIS: Kerja menaik taraf Jalan Segamat-Tangkak-Muar dengan kos RM700 juta akan dimulakan pertengahan tahun ini dan dijangka memberi manfaat bukan saja kepada pengguna laluan itu, malah pembangunan kawasan Johor Utara. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata projek berkenaan juga akan memendekkan masa perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat melalui Segamat, selain laluan lebih selesa dan selamat yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara Selatan.“Buat permulaan, projek naik taraf fasa pertama akan dimulakan antara Segamat dan Tangkak dulu dengan kos permulaan RM190 juta, sebelum disusuli jalan menghubungkan Muar.“Projek berkenaan membabitkan kerja melebar dan menaik taraf Jalan Segamat-Tangkak sepanjang 62.5 kilometer (km) daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan dan pembesaran 21 jambatan dan 62 pembetung serta lima jejantas pejalan kaki. “Projek berkenaan sudah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan akan dimulakan pertengahan tahun ini selepas dokumentasi serta proses tender selesai tidak lama lagi, malah kerja merekabentuk jalan berkenaan sudah pun berjalan.
No comments:
Post a Comment