Salam semanis ukhwah

Sunday, January 9, 2011

Kelainan


Assalamualaikum terlebih dahulu kepada sahabat ana, ^_^

semoga sehat dalam kehidupan yang tenteram dan diredhai Illahi. Kelihatan lama sudah ana berfikir iaitu jalan manakah yang harus dipilih untuk diri ana ini. terleka pula ana akan dari membuat senaman jari di blog ana ini. ^^


Kelainan ? kali ini ana tergerak untuk mengutarakan tajuk mengenai kelainan. cuba kita lihat akan kelainan pada diri kita sewaktu diri kita kecil sampailah diri kita pada masa kini. Adakah betul jalan yang dipilih untuk diri kita ini ataupun berbeza dari kehendak diri kita yang dahulunya. Kadang-kadang ana susah untuk menentukan jalan yang mana harus ana pilih untuk membuat kelainan pada diri ana ini. Adakah ianya betul ? bukan sahaja mengenai diri sendiri, tetapi kelainan masyarakat dahulu dan masyarakat pada masa kini. boleh dikatakan masyarakat pada masa kini lebih maju kehadapan serta taraf kehidupan mereka boleh dikatakan dalam keadaan baik. Akan tetapi peradaban dan tingkah laku masyarakat masa kini juga maju mengikut budaya barat ( teruk ). Ini adalah suatu kebenaran, kerana pada masa kini anak-anak bersikap kurang hajar terhadap ibu bapa mereka (satu kebiasaan) yang lebih ketara lagi ialah remaja pada zaman sekarang ini jauh terpesong dari jalan yang sebetulnya. (fikir-fikirkan lah sendiri). ^^ melepak, meniru kelakuan budaya barat dan sebagainya. banding kan kelainan masa kini dan masa dahulu. lihatlah kamu dari sudut agama mahupun sudut pandangan positif diri sendiri. Namun kitalah penentu akan kelainan terhadap diri kita sendiri. sama ada ke arah kebaikan mahupun ke arah kejahatan. ingatlah lah kita bahawa setiap yang dilakukan itu ada pembalasannya...............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...