Salam semanis ukhwah

Saturday, January 15, 2011

HUKUM BERSIN KETIKA SOLAT



Adakah bersin ketika solat boleh menyebabkan solat kita batal ?



Solat kita tidak batal, malah itu yang seharusnya dilakukan. Dalam satu hadis riwayat Imam al-Tirmizi daripada Rifaah, beliau berkata: Aku bersembahyang (menjadi makmum) di belakang Rasulullah SAW (yang menjadi imam seperti biasa). Maka dalam sembahyang aku bersin lalu aku menyebut, Alhamdulillah hamdan kathiran toyyiban mubarakan fihi kama yuhibbu rabbuna wa yardho (Maksudnya, segala puji-pujian bagi Allah sebagai puji yang banyak lagi bagus lagi diberkati padanya sebagai mana kasih Tuhan kami dan suka-Nya).
Lalu sesudah solat, Rasulullah SAW berpaling dan bertanya: Siapakah bercakap ketika solat? Semuanya tidak berkata. Kemudian Rasulullah SAW bertanya buat kali kedua: Siapakah yang bercakap dalam solat? Maka tiada siapa yang berkata. Kemudian Rasulullah SAW bertanya buat kali ketiga: Siapakah yang bercakap dalam solat? Lalu berkata Rifaah Rafi : Saya, wahai Rasulullah. Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu kata? Rifaah menjawab: Alhamdulillah hamdan kathiran toyyiban mubarakan fihi kama yuhibbu rabbuna wa yardho. Rasulullah SAW bersabda: Demi jiwaku ditangan-Nya, sesungguhnya berlumba-lumba lebih 30 malaikat untuk bawa naik ke atas (langit untuk menyampaikan perbuatan yang baik itu kepada Allah Taala. Mengenai hukum bersin dalam solat, Imam an-Nawawi berpandangan seperti dalam kitabnya Syarah Muslim pada bab Haram Bercakap Dalam Solat iaitu: Orang yang bersin dalam solat, sunat baginya mengucapkan alhamdulillah dengan tiada nyaring (tidak kuat). Ini mazhab kita Syafie, begitu juga Imam Malik dan lain-lain. Namun, jika mengucapkan perkataan asing lain daripadanya dengan sengaja boleh membatalkan solat. Dalam masalah bercakap dalam solat, imam an-Nawawi menjelaskan iaitu, Haram berkata-kata dalam sembahyang sama ada ia berhajat atau bukan kerana hajat dan sama ada maslahah solat atau bukan kerana maslahah solat. Sekiranya berhajat menjaga Imam yang lupa, maka hendaklah mengucap tasbih sekiranya ia lelaki dan tepuk tangan sekiranya ia perempuan. Sekiranya seseorang bercakap secara tidak sengaja atau terlupa, Imam an-Nawawi berkata: Orang yang lupa, maka tidaklah batal solatnya dengan kata-katanya yang sedikit. Ini pandangan mazha
b Syafie. Begitu juga Malik, Ahmad dan jumhur. Namun, Imam Abu Hanifah menghukumkan batal solatnya. Wallahualam.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...