Salam semanis ukhwah

Wednesday, January 12, 2011

Air terjun bekok

ASSALAMUALAIKUM




Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93hektar dan Kompartmen 18 seluas 156.28hektar. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkhelahan.

Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya:

-Berkelah.

-Bermandi-manda.

-Mendaki.

-Berkhemah

-menghayati suasananya yang menenangkan fikiran































Air terjun bekok adalah satu tempat yang mampu menenangkan fikiran, malah ianya dapat mengeratkan ukhwah diantara rakan, keluarga serta masyarakat. Jika anda mempunyai kesempatan cuti yang panjang adalah elok untuk anda melawati air terjun bekok ini.


Belbagai kemudahan di sediakan:

- surau (tempat ibadah)
-tempat rehat (pondok)
-gerai makanan
-kemudahan meletakkan kenderaan
-tandas awam
-tempat penyalinan pakaian
-tempat berkelah
-plastik sampah
-dan sebagainya..














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...